AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Tuesday, 5 May 2015

Balik kampung Kuala Perlis

Hari tu kami bawa mak( ibu mertua Ayu) balik ikut kami ke Kajang. Jadi minggu ni, kami hantar mak balik memandangkan mak pun ada banyak appointment dekat klinik kesihatan.

Duk kat kampung ni, orang yang paling happy adalah anak- anak. Sebab dapat jupa sepupu sepapat dia. Kemain seronok lagi diorang bermain.

Aktiviti siang hari, layan movies..sebab agak panas untuk bermain di luar. Petang- petang baru meronda. Naik motor pergi beli makanan.

Malam pulak, layan tengok tv reramai. Tahu- tahu, pakat terlena depan tv.

Bila balik kampung ni. Macam- macam teringin nak makan. Tapi sebab kali ni daddy takde sebab urusan kerja. Kena la tunggu dia balik bawa kami jalan- jalan.

Apa pun, Ayu selitkan gambar- gambar semasa kami di kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis, Perlis.

View dari bilik tidur kami di tingkat atas
Ni masa nak pergi kenduri aqiqah anak sepupu.
Aktiviti layan movies sambil tunggu sepupu-sepupu balik sekolah
View dari tingkat bawah

No comments:

Post a Comment