Balik Perlis kali ni, daddy busy yang amat. Dia ada kerja yang perlu di uruskan. Jadi kebanyakkan masa di habiskan di rumah mak tok mereka jelah.
Nasib baiklah sehari sebelum balik ke Kajang, daddy ada kelapangan bawa kami jalan- jalan di Kuala Perlis.
Sempat la kami singgah makan laksa perlis dan makan ikan bakar. Petang pulak kami jalan- jalan tepi pantai.
Dapatlah anak-anak menyerup udara segar sambil bermain dan menikmati pemandangan yang indah.
Ini Ayu selitkan sedikit gambar semasa kami di sana.
No comments:
Post a Comment