Hari tu masa dalam perjalanan balik ke Perlis. Saja jelah gosok- gosok hubby ajak makan nasi kandar. Dia duk ingat Ayu nak ajak makan di Penang, yelah, Penangkan sinonim dengan nasi kandar ni. Tapi niat Ayu bukan nak makan nasi kandar Penang. Tapi, nasi kandar paling best dalam Malaysia. Apa lagi kalau bukan nasi Vanggey di Ipoh, Perak.
Azam tak pernah lagi merasa nasi Vanggey ni, Ayu pula, pernahla sekali merasa masa bff Ayu iaitu Ayu Yusof(iye, nama kami sama) bawa Ayu dan anak- anak berjalan di Ipoh.
Sedikit info pasal restaurant ni, ianya terletak di 5A, Lebuh 1, Greentown Business Centre, Ipoh, Perak. Dekat je dengan exit Ipoh dari highway PLUS.
Kenapa Ayu cakap Nasi Vanggey ni paling awesome. Sebab kuah dia sangat kaw dan pedas. Ye, kuah dia lebih pedas dari kebiasaan kuah-kuah yang kita rasa di kedai mamak yang lain. Mungkin itulah yang membuatkan orang kembali lagi untuk menikmati kesedapan nasi Vanggey ni.
Memang the best of the best lah, even nasi kandar favourite Ayu yang di Shah Alam tu pun tak mampu nak tandingi kesedapan nasi Vanggey ni. Sesuailah dengan nama glamournya, nasi ganja. Memang ketagih, lepas makan pun duk rasa nak makan lagi.
Hanya yang suka nasi kandar dan pernah menikmati nasi Vanggey sahaja memahami apa yang Ayu cuba luahkan. Yang mana tak suka nasi kandar, tak dapat la Ayu nak bantu. Bak kata Azam, rugi satu nikmat dunia tak makan nasi kandar.
Apa pun, lain orang lain cara, lain orang lain minatnya, betul tak?
Di sini ada Ayu selitkan sedikit gambar untuk tatapan korang. Enjoy ye semua.
No comments:
Post a Comment