Sebenarnya Ayu ni bukanlah peminat laksa. Tapi bila dah kahwin dengan orang Kuala Perlis. Nak tak nak, berjinak- jinak makan laksa.
Lama- lama, Ayu pun dah boleh masak sendiri Laksa Perlis ni. Tu pun menuntut resepi dari ibu mertua Ayu. Terima kasih mak.
Kalau sebut Laksa Perlis, nama kedai Kak Su Laksa memang tak asing lagi. Rugilah sesiapa yang pergi ke Perlis atau menaiki feri di Jeti Kuala Perlis (jeti ke Langkawi) tak singgah menikmati keaslian laksanya.
Laksa Perlis ni berbeza dari laksa- laksa lain dari segi ulamannya. Satu lagi kuahnya lebih halus dan tidak mengunakan santan seperti Laksa Kelantan.
Uniknya Laksa Perlis ni, kebanyak penduduk di Perlis ini suka memakan laksa ini bersama kuih spera yang berbentuk seperti karipap, tetapi berinti sambal kelapa dan juga pulut udang. Ternyata, bila di makan bersama. Rasanya sungguh enak.
Sedikit info Ayu kongsi, kedai Kak Su Laksa ni terletak di No 97, Medan Niaga Kuala Perlis, Jalan Siakap Satu, Kuala Perlis. Dan ianya di buka setiap hari kecuali hari Selasa.
Jadi, sekiranya anda singgah di Kuala Perlis. Jangan lupa untuk menikmati keaslian laksa Perlis di kedai Kak Su Laksa.
- The end-
No comments:
Post a Comment