AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Wednesday, 13 May 2015

Ikan bakar Kuala Perlis

Kalau berkunjung ke negeri Perlis. Tak lengkap rasanya kalau tidak ke Kuala Perlis pekena ikan bakar.

Di Kuala Perlis ni memang terkenal dengan makanan lautnya yang segar dan menyelerakan. Terdapat banyak kedai- kedai di sini yang menyediakan pelbagai jenis masakan untuk memenuhi selera anda.

Pilihan kami jika pulang ke Kuala Perlis, mestilah kedai Rohani Ikan Bakar yang terletak di medan ikan bakar. Lokasi kedai ini adalah di hadapan Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis berdekatan dengan jeti.

Makanan kat sini harganya berpatutan. Dan yang paling penting, ianya sedap dan berbaloi.

Untuk hari ni,kami order 3 menu je. Cukupla untuk makan berempat. 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Hajatnya nk order kerabu belangkas, sayangnya belangkas tak ada. Jadi, inilah menu pilihan kami.

Selamat menjamu mata..

Ikan merah bakar
Menu wajib cuba, ketam telur masin
Sotong celup tepung
Makanan laut yang segar

Pelbagai jenis ikan untuk di pilih
Kedai pilihan kami

No comments:

Post a Comment