Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 sudu majerin
3 sudu susu manis
4 sudu gula
1 paket yis
1 cawan air suam
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara 1. Campurkan air suam, gula dan susu. Kacau sehingga gula hancur. 2. Masukkan yis ke dlm campuran gula dan susu. Pastikan air masih suam dan tidak panas. Ini untuk menghidupkan yis. Nak tahu camne dia hidup, akan keluar buih-buih. Yis dah hidup bila berbuih-buih camni
3. Dalam bekas lain, kacau telur dan campur dengan majerin yg cair. Kemudian campur kedalam adunan yis.Pastikan yis sudah hidup sebelum campurkan majerin dan telur.
4. Kemudian, masukkan garam dan ayakkan tepung gandum dan gaul bersama adunan di atas. Uli adunan sehingga sebati dan biarkan selama 45minit. Adunan akan naik 1x ganda. Adunan yang sudah di gaul
Uli dan rehatkan adunan selama 45 minit
Selepas 45minit, adunan mengembang 1-2x ganda
5. Bentukkan mengikut selera anda. Adunan ni lembik skit..jadi kena letak tepung kt tangan semasa anda ingin bentukkan donut anda.
6. Goreng hingga kekuningan. Gunakan api yang sederhana.
7. Bila sudah agak sejuk, salutkan dengan gula atau coklat. Hias mengikut selera anda.
Taraaaa... dah siap. Bolehla makan.
Credit resepi dr http://bukanchef.blogspot.com
No comments:
Post a Comment