AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Monday, 25 May 2015

Kuih Cara Barbie

Ha..kalau tiba-tiba ada kawan-kawan atau saudara mara call last minute bagitahu anda nak datang rumah. Mesti anda kelam kabut tak tahu nak jamu apa tetamu anda nanti.

Nilah kuih yang senang dan cepat di buat. Apa lagi kalau bukan kuih cara.
Bahan-bahan dia pun sikit je, selalunya memang selalu ada stok di rumah.

Cuma yang penting, anda kena ada kuali acuan kuih cara..kalau tak, camne nak dapatkan bentuk kuih cara tu. Tak salah kalau beli simpan di rumah. Anak-anak pun pasti sukakan kuih ini kerana ianya lemak-lemak manis. Sepantas 10 minit, pun boleh dah siap... apa lagi, sila la cuba..

Kuih Cara barbie... hihi, sebab warna pink

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

2 biji telur

1 cawan santan pekat ( kalau nk lebih lemak 1 1/2cawan)

1 cawan air

Sedikit garam

Sedikit pewarna( pilih warna apa saja yang anda suka)

Blendkan semua bahan dia atas.

Tuang adunan ke dalam acuan.

Letakkan sedikit gula di dalam setiap biji kuih. 

Tutup dengan penutup periuk.                              


Ni lah acuan kuih cara.

No comments:

Post a Comment