AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Sunday, 31 May 2015

Berkelah di Sungai congkak dengan bffs tercinta

Ayu ni pantang betul kalau orang ajak berkelah. Nak- nak kalau ke waterfall atau sungai. Kalau ke pantai tu slow la sikit.

Ayu suka ke waterfall atau sungai sebab satu, cuaca sejuk, sebab dalam hutan yang banyak pokok-pokok, dua, air dia pun sejuk dan nyaman dan sebab ke tiga, sebab anak-anak pun suka.

Bila kawan-kawan geng sekolah ajak berkelah, Ayu apa lagi, terusla minta izin dengan Azam. Azam tiada di Kajang, dia balik kampung uruskan hal-hal di sana. Dah Azam bagi green light, apa lagi..zasss kami sampai ke Sungai Congkak, Hulu Langat.

Plan asal, nak berkumpul pukul 11 dan sampai di sana pukul 12. Jarak dari Kajang ke Sungai Congkak ni tidak la jauh, dalam 35km je lebih kurang.

Macam- macam tempat kami singgah untuk membeli bekalan, jalan pula jammed, akhirnya kami sampai pada pukul 3 petang. Hahaha, inilah di katakan janji melayu. 

Nasib baik 3 jam yang kami ada sempatla kami berbbq dan mandi manda puas-puas. Alisha bad mood sikit hari ni sebab dia di gigit semut, biasalah, manja. So dia merajuk taknak mandi. Si Ayra pulak, sampai tak mau mummy, punya la seronok mandi dengan auntie-auntienya.

Seriously Ayu suggest kalau korang nak berkelah kat sini. Memang sangat- sangat best. Sepanjang sungai ini ada di sediakan chalet- chalet untuk anda yang ingin menginap dan menikmati suasana nyaman. Sayangnya Ayu lupa nak snap pics chalet- chalet tu.

Apa-apa pun, memang sangat-sangat enjoy. Thank you girls...syg korang ketat2 sampai lemas...

All of us
Friendship dari zaman sekolah menengah. 18 tahun dah berkawan. 2 orang MIA.
Syok sangat, air sejuk, tidak dalam, sesuai bawa anak-anak
Yahooooo...
Sesi berbbq
Siapkan khemah comel untuk senang breastfeed dan tukar baju

Friday, 29 May 2015

Bermain di Mama Yaya Zone Bangi Gateway

Hari ni saja je bawa anak- anak gi jenjalan lepas pergi dari bank settlekan urusan.

Bila di tanya nak pergi mana, terus Alisha jawab nak gi main jumping-jumping. Yelah, Ayra belum pandai bercakap, kang pelik pulak kalau dia yang jawab.

Hm, Ayu pun tak tahu apa namanya benda alah tu. Tapi kalau nak pegi main benda tu. Kami cakap nak pegi main jumping-jumping jelah.

Since hari ni daddy tak ada sebab balik kampung uruskan hal. Kami keluar jelah bertiga. Kebetulan aunty Shikin diorang free, Shikin la yang temankan kami tadi.

Ayu selalu bawa anak- anak main jumping-jumping dekat Bangi Gateway, di Mama Yaya Zone. Harganya tidaklah mahal kerana hanya RM5 seorang dan boleh bermain seberapa lama anda suka. Biasanya Ayra tidak di caj, mungkin sebab Ayra masih kecil.

Sini senang kalau bawa anak- anak bermain sebab permainannya selamat dan anda tidak perlu risau sebab sekeliling zone ini di pagar, jadi tidak perlulah anda risau anak anda berlari di luar kawasan.

Kita hanya perlu lepak- lepak di kawasan pintu masuk untuk memerhatikan anak-anak. Di sini di sediakan kerusi utk ibu- ibu menunggu anak- anak bermain..jadi kalau anda nak plan playdate pun senang. Mak- mak boleh borak, anak-anak boleh bermain.

Di sini Ayu selitkan sedikit gambar untuk tatapan korang. Enjoy ye...

P/s: mummy syg Alisha & Ayra

Thursday, 28 May 2015

Resipi Mee Kari Cik Ta ( Norita Wagi)


Bahan-bahan

Bahan A

udang
stok udang
udang kering
 kerang rebus 
ayam di dadu
 fish ball 
fish cake (di potong dan di goreng dahulu)
rempah kari daging
asam keping
 santan pekat


bahan kisar

bawang merah
bawang putih
halia
 cili kisar
serai 

bahan tumis

semua bahan kisar
kayu manis
 bunga lawang
 daun kari 
serai

sambal 

bawang merah, bawang putih, halia, lada kisar, ikan bilis tumbuk, garam gula

hiasan

daun bawang, kerang rebus, tauhu kering, cili merah hijau, sawi n taugeh dicelur, telur rebus, bawang goreng, limau kasturi, mi kuning dicelur dan telur rebus.

Cara-cara

1. Tumis bahan tumis & bahan kisar di dalam minyak sehingga wangi.

2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan air.

4. Masukkan kesemua bahan A dan bahan perasa. 

5. Tunggu sehingga masak

6. Celur kesemua sayur sayuran, telur dan mee kuning.

7. Siap untuk di makan

Wednesday, 27 May 2015

Resepi Donut gebu gebas


Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
3 sudu majerin
3 sudu susu manis
4 sudu gula
1 paket yis
1 cawan air suam
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Campurkan air suam, gula dan susu. Kacau sehingga gula hancur.
2. Masukkan yis ke dlm campuran gula dan susu. Pastikan air masih suam dan tidak panas. Ini untuk menghidupkan yis. Nak tahu camne dia hidup, akan keluar buih-buih.
Yis dah hidup bila berbuih-buih camni
3. Dalam bekas lain, kacau telur dan campur dengan majerin yg cair. Kemudian campur kedalam adunan yis.Pastikan yis sudah hidup sebelum campurkan majerin dan telur.
4. Kemudian, masukkan garam dan ayakkan tepung gandum dan gaul bersama adunan di atas. Uli adunan sehingga sebati dan biarkan selama 45minit. Adunan akan naik 1x ganda.
Adunan yang sudah di gaul
Uli dan rehatkan adunan selama 45 minit
Selepas 45minit, adunan mengembang 1-2x  ganda

5. Bentukkan mengikut selera anda. Adunan ni lembik skit..jadi kena letak tepung kt tangan semasa anda ingin bentukkan donut anda. 

6. Goreng hingga kekuningan. Gunakan api yang sederhana.

7. Bila sudah agak sejuk, salutkan dengan gula atau coklat. Hias mengikut selera anda.

Taraaaa... dah siap. Bolehla makan.

Credit resepi dr http://bukanchef.blogspot.com

Tuesday, 26 May 2015

Resepi Laksa Perlis yang senang dan sedap


Laksa Perlis

Bahan-bahan yang di perlukan

Bahan A
1kg ikan selayang (di buang kepala)
Asam keping (utk rebus je, tak payah kisar)

Bahan B
Bawang merah 3 
Bawang besar 1
Bawang putih 2
Cili kering segengam
Belacan

Bahan C
Daun kesum
Bunga kantan
Asam keping 4-5 keping(lg byk lg masam lg sedap)

Garam, gula, ajinamoto(ayu tak letak)

Ulam
Daun selum
Timun
Bawang besar
Cili padi
Telur rebus

Cara-cara

Rebus ikan bersama asam keping
Sejukkan, kisar, tapis dan masukkan ke dalam periuk

Kisar Bahan B
Campur ke dalam Bahan A
Masukkan bahan C dan bahan perasa sesedap rasa. 

Kuah laksa perlis ni lg sedap kalau masam, tapi atas selera masing-masing. Jangan letak banyak sangat tau.

*ada yang suka tambah belacan, tp ayu tak guna sbb hubby x suka

Selamat mencuba

Monday, 25 May 2015

Kuih Cara Barbie

Ha..kalau tiba-tiba ada kawan-kawan atau saudara mara call last minute bagitahu anda nak datang rumah. Mesti anda kelam kabut tak tahu nak jamu apa tetamu anda nanti.

Nilah kuih yang senang dan cepat di buat. Apa lagi kalau bukan kuih cara.
Bahan-bahan dia pun sikit je, selalunya memang selalu ada stok di rumah.

Cuma yang penting, anda kena ada kuali acuan kuih cara..kalau tak, camne nak dapatkan bentuk kuih cara tu. Tak salah kalau beli simpan di rumah. Anak-anak pun pasti sukakan kuih ini kerana ianya lemak-lemak manis. Sepantas 10 minit, pun boleh dah siap... apa lagi, sila la cuba..

Kuih Cara barbie... hihi, sebab warna pink

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

2 biji telur

1 cawan santan pekat ( kalau nk lebih lemak 1 1/2cawan)

1 cawan air

Sedikit garam

Sedikit pewarna( pilih warna apa saja yang anda suka)

Blendkan semua bahan dia atas.

Tuang adunan ke dalam acuan.

Letakkan sedikit gula di dalam setiap biji kuih. 

Tutup dengan penutup periuk.                              


Ni lah acuan kuih cara.

Friday, 15 May 2015

Rojak dan cendol fasa 4 tambahan Bangi

Kalau korang suka makan cendol dan rojak, inilah tempat yang korang cari- cari.

Ayu dah cuba banyak tempat di kawasan Kajang, Cheras dan Bangi. Buat masa ini..inilah yang terbaik di antara semua.

Kuah rojak dia pekat, pedas- pedas sikit, manis..kena dengan selera Ayu dan suami. Ada beberapa pilihan rojak di sini, ada rojak biasa, rojak mee, rojak sotong dan rojak ayam.

Cendol dia pulak. Memang best..cukup manis n lemak. Alisha pun suka makan cendol ni.

Selain dari rojak, mereka juga menjual laksa, bihun dan mee sup dan bakso.
Untuk anak- anak biasanya kami akan orderkan mee sup ayam atau bakso. Seriously, mee sup diorang pun not bad.

Lokasi kedai ni di Seksyen 4 tambahan Bangi, dekat tepi jalan sebelah kawasan perumahan. Kalau nak cari guna waze atau google map, korang search Sek. Men. Keb. Jalan Reko.



Rojak mee
Alisha with her cendol
Cendol biasa
Menu
View kedai

Thursday, 14 May 2015

Jalan- jalan di Kuala Perlis

Balik Perlis kali ni, daddy busy yang amat. Dia ada kerja yang perlu di uruskan. Jadi kebanyakkan masa di habiskan di rumah mak tok mereka jelah.

Nasib baiklah sehari sebelum balik ke Kajang, daddy ada kelapangan bawa kami jalan- jalan di Kuala Perlis.

Sempat la kami singgah makan laksa perlis dan makan ikan bakar. Petang pulak kami jalan- jalan tepi pantai. 

Dapatlah anak-anak menyerup udara segar sambil bermain dan menikmati pemandangan yang indah.

Ini Ayu selitkan sedikit gambar semasa kami di sana.

Welfie sikit
Layan main bubble
Minum milo dulu
View tepi pantai
Pelbagai bentuk layang-layang 

Wednesday, 13 May 2015

Ikan bakar Kuala Perlis

Kalau berkunjung ke negeri Perlis. Tak lengkap rasanya kalau tidak ke Kuala Perlis pekena ikan bakar.

Di Kuala Perlis ni memang terkenal dengan makanan lautnya yang segar dan menyelerakan. Terdapat banyak kedai- kedai di sini yang menyediakan pelbagai jenis masakan untuk memenuhi selera anda.

Pilihan kami jika pulang ke Kuala Perlis, mestilah kedai Rohani Ikan Bakar yang terletak di medan ikan bakar. Lokasi kedai ini adalah di hadapan Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis berdekatan dengan jeti.

Makanan kat sini harganya berpatutan. Dan yang paling penting, ianya sedap dan berbaloi.

Untuk hari ni,kami order 3 menu je. Cukupla untuk makan berempat. 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Hajatnya nk order kerabu belangkas, sayangnya belangkas tak ada. Jadi, inilah menu pilihan kami.

Selamat menjamu mata..

Ikan merah bakar
Menu wajib cuba, ketam telur masin
Sotong celup tepung
Makanan laut yang segar

Pelbagai jenis ikan untuk di pilih
Kedai pilihan kami

Friday, 8 May 2015

Resepi kerabu mangga

Hari ni rajin la plak rasa nak buat kerabu mangga. Padahal mangga tu dah dekat seminggu ada dalam peti ais. Jadi, inilah hasilnya...tara...


Bahan-bahan

2 biji mangga muda
2 sudu besar air asam limau nipis
3 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 biji bawang merah/besar
Ikan bilis (hari ni tak guna sebab takde stok di rumah)
Udang kering
Kacang tumbuk
Cili padi 5 batang

Cara-cara

Sagat 2 biji mangga.
Potong cili padi dan bawang besar.
Dan gaul semua bahan-bahan di dalam mangkuk besar.

Siap

Mangga yang sudah siap di sagat
Bahan-bahan yang siap di campur untuk di gaul bersama

Akhirnya.....ku insan yang gembira

Akhirnya...dah lama Ayu teringin nak makan pulut durian..bukan di Kuala Lumpur tak ada jual durian. Tapi harganya agak melampau. Sebab tu berfikir panjang kalau nak membeli.

Kalau musing king tu..fahamlah juga, tp kadang- kadang yang D24 pun mahal amat. Lepas tu, pernah hampir terkena dengan penjual. Dah la mahal, nak di tipunya dengan durian lebam. Lepas tu memang Ayu serik nak membeli durian di Bangi.

Semalam ada kelapangan, Ayu ajak encik suami ke Danok jalan-jalan cari makan. Macam biasa la menu kami. Daging bakar Abg Don tu memang kewajiban kalau ke sana.

Kedai ni kedai tepi jalan je tau. Dekat- dekat dengan hotel Firatel. Kalau dari border Bukit Kayu Hitam, kedai ni di sebelah kanan. Jadi anda kena u turn.

Walaupun kedai dia hanyalah di tepi jalan di bawah tiang lampu. Tapi kedai dia selalu di penuhi orang.

Sebelum makan, ternampak akak jual durian. Dah lama teringin. Apa lagi, beli ajelah, buah pun elok- elok.

Alhamdullilah, dengan lafaz bismillah, dapatlah Ayu makan pulut durian hari ni... yahooooo...

-The end-

Pulut durian
Durian telur buaya ni memang sedap
Kedai daging bakar Abg Don
Daging bakar yang superb
View kedai sebelah. Kedai dia segan nak snap. Orang penuh