Orang perempuan ni memang ada tabiat-tabiat pelik yang mungkin orang lelaki/suami tidak tahu atau tidak ambik tahu. Cepat mengaku sapa ada perangai di bawah....
1. Suka selit duit
Tabiat ni dah berkurun-kurun di amalkan oleh wanita. Dari zaman atuk nenek moyang kita lagi. Dan sekarang, di turunkan ke generasi kita pula. Tabiat suka selit duit ni adalah di sebabkan sikap berjimat cermat dan untuk kegunaan di waktu kecemasan. Biasanya duit selit ni di simpan di lokasi-lokasi yang biasanya empunya badan sahaja yang tahu. Tapi yang paling menjadi kebiasaan ialah di celah- celah dompet duit, celah- celah handbag, dalam poket- poket seluar, dan yang paling old skool skali, simpan dalam baju tut.....hahaha tapi tu adalah realitinya.
2. Suka sorok barang shopping
Orang perempuan ni, dengan shopping memang sukar di pisahkan. Tidak kiralah murah atau mahal sesuatu barang itu. Janji boleh shopping. Terus happy. Nak elak kena bebel dengan encik suami, kena la sorok dulu barang- barang yang di beli. Lama- lama, satu demi satu la keluarnya. Tapi kena ada jarak waktunyalah, kena ada teknik dan taktik yang betul agar tidak kantoi.
3. Punyai kawan- kawan pemurah
Satu lagi taktik orang perempuan ni bila dah kuat sangat bershopping ialah kononnya barang- barang tu semua hadiah dari kawan. Pemurahkan kawan- kawan isteri anda. Ada je barang- barang yang di hadiahkan oleh kawan- kawannya.
4. Tidak suka lipat baju
Kami orang perempuan ni, tak kisah sangat bab masak, kemas rumah, jaga anak, basuh baju, sidai baju.....tapi, bab lipat baju tu. Hadui, memang malas yang amat. Kadang- kadang tu, sampai membukit timbunan baju. Tak pun, berbakul tersusun yang belum di lipat. Agaknya, kalau di jual mesin lipat baju, memang menjadi mesin wajib di setiap rumah la jawabnya.
5. Seposen pun berkira
Bukan maksudnya kami ni kedekut ke apa. Tapi kami ni suka compare harga barangan dari beberapa kedai untuk mendapatkan harga yang terbaik. Kadang-kadang sanggup kami patah balik ke kedai yang sebelumnya untuk membeli barang semata-mata perbezaan harga walaupun sedikit.
Ha....sekarang ni, cepat mengaku sapa ada tabiat di atas. Kalau tak semua pun, paling kurang mesti salah satu tu korang buatkan...apa-apa pun, tabiat kita tu bukan la buruk ke apa. Just kadang- kadang pasangan kita ni memang tidak tahu, atau sebenarnya diorang ni saja je buat- buat tak tahu. Betul tak?
No comments:
Post a Comment