AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Wednesday, 8 April 2015

Berbasikal di Taman Saujana Hijau, Putrajaya bersama kesayangan

Tadi dah makan banyak mangkuk Thai Noodle. Jadi petang ni daddy ajak pegi cycling dekat Taman Saujana Hijau.

Taman Saujana Hijau ni memang famous di kalangan penduduk Kuala Lumpur terutamanya. Sebab utamanya ialah, ianya sangat- sangat cantik dan nyaman.

Dah banyak artis dan pasangan-pasangan pengantin menjadikan Taman Saujana Hijau ni sebagai lokasi photoshoot diorang, termasuklah Rozita Che Wan dan Zain. Pernah suatu petang tu, kami jumpa 5 pasangan pengantin sedang photoshoot di sekitar Taman Saujana Hijau ni.

Taman ni sesuai untuk aktiviti jogging, cycling dan berkelah. Di sini banyak di sediakan gazebo- gazebo yang cantik untuk di jadikan tempat rehat para pengunjung.

Setiap petang memang di penuhi dengan orang- orang berjogging dan berbasikal. Memang tak jemu beriadah di sini. Pemandangan yang indah. Udara yang nyaman. Track jogging kat sini lebih kurang 3km. Boleh tahan la berpeluh turun naik bukit. Tadi masq berbasikal tu,  boleh la 2 round. Tu pun siap berhenti- henti jugak. Daddy relax je, siap jogging 1 round plak. Mummy tak mampu dah tadi. Hihi

Apa- apapun, lokasi ni memang our favorite spot kalau nak beriadah. Memang tempat yang sgt2 awesome.

Happy reading...

7 comments: