Dah lama sangat rasanya tak singgah ke kedai nasi lemak favourite kami di USJ 9. Dulu-dulu, seminggu sekali wajib makan nasi lemak Opah ni selepas sesi berbadminton bersama geng- geng Ducati. Sekarang ni, motor pun dah jual. Jadual pun makin sibuk dengan aktiviti- aktiviti lain. Memang tak berkesempatan ke sini dah.
Kebetulan kakak ayu dan keluarga datang ke KL atas urusan kerja dan menginap di hotel berhampiran. Jadi apa lagi. Bawa makan nasi lemak Opah la jawabnya.
Sedikit info Ayu nak share untuk korang yang teringin mencuba nasi lemak yg sedap ni. Ianya terletak di Jalan USJ 9/5P, USJ 9, Petaling Jaya, Malaysia. Di buka setiap hari kecuali hari Isnin dari 5 petang ke 4 pagi.
Yang best pasal nasi lemak ni adalah sambal ikan bilis dia, bagi Ayu just nice. Tak pedas sangat dan tak manis. Harganya, hanyalah RM1. Percaya tak, di Kuala Lumpur ni, nak- nak di kawasan USJ ni ada lagi nasi lemak RM1.
Nasi lemak Opah ni, kalau korang makan yang basic pun dah superb. Tapi kalau korang suka makan nasi lemak dengan lauk pauk. Kat sini memang banyak pilihan. Favourite Ayu, sambal/rendang kerang dan ayam goreng. Untuk budak-budak, korang boleh request asingkan sambal. Almaklum la, sambal dia agak pedas untuk kanak-kanak.
Satu lagi info Ayu nak share, di sini sistem dia selfservice. Jadi korang kena la beratur untuk beli nasi lemak dan lauk pauknya. Dah ambik semua tu. Bawa tray ke kaunter dan bayar sebelum makan. Dah bayar, apa lagi..jemput makan.
Happy reading.....
View dari luar kedai
Nasi lemak daun pisang
Sambil bilis yang superb
Antara pilihan-pilihan lauk yang ada
Nak beli nasi lemak, sila beratur ye......hihi
No comments:
Post a Comment