Ya Allah, sikit punya lamalah entry ni duk dalam draft, sampai dah terlupa dah pasal KidZania.
Alhamdullilah, rezeki Alisha dan Ayra, berpeluang untuk kali ke dua ke KidZania.
Kali pertama dulu pakcik diorang belanja tiket. Kali ni Auntie Sarah diorang pula belanja. Terima kasih Sarah.
Actually unplanned pun. Tiba-tiba G call ajak pegi hari ni jugak sebab dia sekarang dah mengandung 37 minggu. Bila-bila masa je boleh bersalin. Benda last minute ni biasanya selalu jadi.
Since Azam busy ada kerja, terpaksalah kami tumpang G ke Kidzania. Jadi Azam drop je kami di rumah G di 16 Sierra, Puchong.
Sampai di Kidzania, kami jumpa Nadia dengan anak-anaknya yang super comel. Unlucky for us, Kidzania tutup pukul 5 dan kami sampai lewat. Dapatlah bermain 2 jam sahaja. Oklah kan dari datang saja. Anak-anak dah frust bila cakap tak jadi masuk. Jadi kami masuk jelah.
Dalam masa 2 jam, sempatlah anak-anak buat beberapa aktiviti, actually kalau pegi Kidzania, kena pergi dari pagi tau, baru puas hati. Tak delah rushing-rushing berlari nak kejar waktu.
Ni Ayu share sedikit info tentang Kidzania. Ianya di buka setiap hari dari pukul 10pg ke 5 ptg kecuali hari sabtu 10-7ptg. Harga tiket pula ialah percuma bagi kanak-kanak berusia 0-1, manakala RM34.20 untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun. Untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 17 tahun, RM67.50 di kenakan, manakala mereka yang berumur 18 hingga ke 59 tahun di kenakan sebanyak RM34.20. Akhir sekali, untuk warga emas iaitu berumur 60 tahun ke atas, RM 28.80 di kenakan.
Di sini, bermacam-macam kerjaya dan aktiviti-aktiviti yang anak-anak boleh cuba. Tapi Ayu suggest, umur paling bagus bawa anak-anak ke sini adalah 8tahun ke atas. Sebab banyak aktiviti untuk diorg dan mereka lebih independant untuk membuat aktiviti tanpa bantuan kita.
Bagi ibu bapa yang kepenatan. Jangan risau, di sana di sediakan tempat rehat khas untuk ibu bapa.
Di sini Ayu selitkan sedikit gambar semasa kami berada di sana. Happy reading...
Ni kaunter tiket. Lepas bayar tiket, nanti diorang akan bagi korang pakai benda ala- ala jam.
No comments:
Post a Comment