AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Wednesday 22 April 2015

Cupcake coklat yang simple, gebu dan sedap

Hari ni tetiba rajin pulak nak main masak- masak dengan anak- anak. Jadi, apa lagi, kita google jelah. Pilih punya pilih. Ayu pilih resepi dari  blog todayscupcake.blogspot.com.

Senang aje membuatnya. Jangan risau tak jadi. Janji ada mixer. Sure jadinya.
Ni Ayu sertakan resepi kalau- kalau korang berminat untuk mencuba.


Cupcake Coklat Moist


Bahan-bahan

Bahan A;

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bicarbonate

bahan-bahan ini diayak terlebih dahulu.

Bahan B;

4 biji telur

2 cawan gula halus

1 cawan susu pekat

1 cawan minyak

1 1/2 cawan air panas

1 cawan coklat cip ( ni ayu tambah dari resepi yang asal)

cara-cara menyediakannya

pukul telur bersama gula halus sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap. Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan low speed.

Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati...masukkan air panas yang telah disediakan tadi. Kemudian, masukkan coklat cip dan gaul seketika. Jangan lama- lama. Kang cair pulak cip tu.

Akhir sekali sediakan kertas cupcake..masukkan adunan itu tadi dan bakar dalam suhu 180 c selama 15 minit..

Selamat mencuba...

Cupcakes yang sedia untuk di makan
Keting.....masak dah

No comments:

Post a Comment