AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Sunday, 12 April 2015

Partner Geng Kapal berpotluck

Hari Sabtu lepas, dapat la Ayu dan anak-anak join gathering potluck geng-geng isteri orang kapal. Ini adalah aktiviti yang selalu kami lakukan untuk mengeratkan hubungan kami semua yang berada dalam group watsapps PGK ( Partner Geng Kapal) .

Kalau tidak berpotluck, kami akan arrange lunch date dengan kawan- kawan. Alhamdullilah persahabatan kami semua sudah hampir mencecah 4 tahun. Dan group watsapp ini sudah wujud sejak 2 tahun yang lepas selepas tournement Bowling PGK yang di adakan pada Mac 2015 di Seremban,  Negeri Sembilan.

Kami kerap dan suka berpotluck, tapi potluck kami kali ini lain dari yang lain. Biasa kami makan- makan je. Borak- borak, pastu balik. Tapi kali ni kami selitkan dengan bacaan surah Yassin, sambutan hari jadi anak- anak April, sleepover dan esoknya siap ada slot mandi manda lagi untuk anak- anak.

Seronok sangat bila dapat meluangkan masa dengan kawan- kawan senasib. Sebab hanya yang mengalami, akan mengerti apa yang kami rasai. Anda boleh kata anda faham, tapi anda belum tentu anda betul- betul memahami dan merasai jika anda bukan di tempat kami.

Menu utama di sediakan tuan rumah ialah nasi daging. Menu popular yang berasal dari negeri Kedah. Kata tuan rumah (Ekin),resipi ni di pelajari dari bapa mertuanya memandangkan ini adalah makanan kegemaran suaminya.

Dah lama kami teringin untuk menjamah nasi daging ni sejak di ceritakan oleh Eika aka Ekin's bff. Alhamdullilah, tercapai jugak hajat. Memang sedap nasi daging yang di sediakan, nak- nak sup daging dan air asamnya..memang membangkit selera.

Memandangkan ini adalah potluck, kami masing- masing membawa juadah untuk di kongsi. Macam- macam ada, KFC, egg tart, bihun goreng singapore, triple choc walnut brownies, sherperd pie, kek lumut, mee goreng, sambal hitam dan berbagai lagi menu yang memenuhi meja makan.

The best part bagi ayu ialah sleepover. Lagi best kalau lagi ramai yang boleh join, tapi malam tu hanya ada kami berempat. Tu pun siap berborak sakan sampai ke pukul 2 pagi. Layan movie marathon sampai last- last, movie yang tengok kami.

Awal subuh anak- anak dah siap bangun excited nak mandi pool. Terpaksalah mak- mak dengan mata panda melayan.

Apa-apapun, aktiviti berpotluck ni sangat menyeronokkan. Bukan saja untuk mak- mak, anak- anak pun kemain suka. Di harap persahabatan ini kekal ke akhir hayat. Tq, sayang korang semua ketat- ketat.

Kesayanganku
Bacaan Yassin
Antara hidangan kami pada hari ini
Anak-anak semua dah mandi. Jadi sekarang, kita kasi layan movie pulak.
Swimming time
Tiga dara Disember.

No comments:

Post a Comment