Aquaria, oh Aquaria... dah lama teringin nak pergi. Dari zaman belajar di UiTM lagi. Ni anak dah masuk 2, baru terhegeh-hegeh nak pergi. Nama je duduk di Kuala Lumpur. Tapi masih banyak tempat- tempat menarik yang belum kami kunjungi.
Alhamdullilah, rezeki kami, hari ni kami berpeluang bawa anak- anak ke Aquaria KLCC. Sedikit info untuk anda yang ingin membawa anak-anak ke Aquaria. Aquaria ni terletak di KLCC (Kuala Lumpur Conventional Centre) di level LG.
Harga tiket untuk masuk ialah RM40 untuk dewasa. RM30 untuk kanak-kanak dan percuma untuk di bawah umur 3 tahun. Ini harga termasuk GST.
Waktu operasi Aquaria ialah dari pukul 9 pagi hingga ke pukul 5 petang setiap hari Isnin hingga ke hari Jumaat.
Kami sampai selepas waktu makan tengahari. 3 jam yang kami ada tu, sempat la kami pusing-pusing dalam Aquaria tu puas-puas.
Di Aquaria, kita di beri peluang untuk menyentuh ikan-ikan, gamat, belangkas, udang dan tapak sulaiman di kawasan yang di benarkan.
Paling seronok bila tengok reaksi kakak dan adik terkebil-kebil melihat berpuluh-puluh ikan dan penyu berenang menjamu selera ketika pekerja-pekerja di Aquaria memberi makanan di tangki utama.
Pada pukul 4 petang pula. Kami berpeluang menyaksikan waktu makan untuk Ikan Piranna. Memang sangat- sangat teruja bila kita boleh melihat sendiri di hadapan mata bagaimana ikan-ikan ganas itu membaham mangsanya.
Mummy ni suka sangat tengok cerita ganas- ganas ikan piranna. Ni dah dapat tengok ikan piranna live ni. Harap tak termimpi-mimpi.
Ni mummy selitkan sedikit sebanyak gambar- gambar kami di Aquaria.
Happy reading....
No comments:
Post a Comment