Huwaaa... perut masih belum biasa. Jadi asyik rasa lapar je. Ayu kena kerap makan dalam kuantiti yang sedikit.
Hari ni buat menu bakar- bakar dan sup.
This is the story of my life with my beloved hubby, Nor Azam Karap whom I married since 2009. We are bless with two beautiful and cheeky girls Alisha and Ayra. This 2 kiddos have change me totally. It's a good change...and I love every second of it. Mummy love you both girls...This gonna be the diary 4 u girls to read when u grow up...
Huwaaa... perut masih belum biasa. Jadi asyik rasa lapar je. Ayu kena kerap makan dalam kuantiti yang sedikit.
Hari ni buat menu bakar- bakar dan sup.
Dua hari lepas, encik suami dah sound.
"Sayang ni abg tengok makin gemuk je"
Mak ai...menusuk ke sanubari. Nak- nak kalau diri sendiri pun sedar yang baju dan seluar semakin sendat.
Ayu bukan tak pernah diet. Ada la diet sekejab hari tu. Sempat la 2 bulan. Turun 5kg dalam masa 2bulan. Pastu, balik Kelantan 2 minggu. Naik balik 3kg. Penat je diet bagai.
Kalau dah balik kampung. Semua makanan pun teringin. Bila dah stop diet tu. Nak start balik tu, faham- faham jelah. Banyak dugaannya.
Nak berdiet ni, jiwa kena kental. Selain kena kuat melawan nafsu makan. Kita kena rajin pekakkan telinga. Sebab nanti adalah suara- suara sumbang yang akan mengkritik usaha anda ni.
Yang paling penting..anda kenalah rajinkan diri membaca, kaji jenis- jenis diet yang ada, kenali diri dan pastikan anda tidak terlalu memaksa diri.
Jadi hari ni ayu nekad nak start diet balik. Tak nak makan nasi dah. Nak banyakkan pengambilan protein, sayur sayuran dan buah buahan. Pastu, yang paling penting. Kena minum air kosong berliter-liter.
Selain diet, exercise jangan di lupa. Sebab exercise la cara paling cepat turunkan berat badan. Paling kurang seminggu 3 kali kita kena beriadah. Macam Ayu, Ayu pilih jogging, zumba dan berbasikal.
Jadi, untuk hari ni, ini menu ayu.
Hari ni tetiba rajin pulak nak main masak- masak dengan anak- anak. Jadi, apa lagi, kita google jelah. Pilih punya pilih. Ayu pilih resepi dari blog todayscupcake.blogspot.com.
Senang aje membuatnya. Jangan risau tak jadi. Janji ada mixer. Sure jadinya.
Ni Ayu sertakan resepi kalau- kalau korang berminat untuk mencuba.
Cupcake Coklat Moist
Bahan-bahan
Bahan A;
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
bahan-bahan ini diayak terlebih dahulu.
Bahan B;
4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas
1 cawan coklat cip ( ni ayu tambah dari resepi yang asal)
cara-cara menyediakannya
pukul telur bersama gula halus sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap. Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan low speed.
Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati...masukkan air panas yang telah disediakan tadi. Kemudian, masukkan coklat cip dan gaul seketika. Jangan lama- lama. Kang cair pulak cip tu.
Akhir sekali sediakan kertas cupcake..masukkan adunan itu tadi dan bakar dalam suhu 180 c selama 15 minit..
Selamat mencuba...
Happy birthday my dear bff Fahira Nurjihan aka G... tahun ni dah berapa ye umur kita? Alamak, no more huha huha.. now kita dh mak- mak dah...huhuhu
Still remember the first time I saw her masa minggu orientasi dalam surau UiTM Sungai Petani Merbok, Kedah.Dia duk pot pet pot bantai borak time fasi duk bagi taklimat.
Tak sangka friendship dari zaman U kekal ke hari ini. Dah almost 13 years la kami berkawan. Dari zaman gila- gila remaja. Gila-gila pegi Penang ramai- ramai naik kereta kelisa Intan ( percaya tak dulu-dulu kami naik kereta kelisa 7orang) until now kami dah kahwin dan menjadi ibu.
Sayang sangat geng kita (u know who u are) ketat-ketat.
Happy birthday G, semoga u selamat melahirkan baby dan semoga persahabatan kita kekal till jannah. AMEEN
Setelah sekian lama teringin nak merasai mee udang yang sangat famous amous di Sungai Dua, Pulau Pinang. Akhirnya....akhirnya..dapat gak Ayu makan...huhuhuhu...serious nak menitik airmata.
Mana taknya, Ayu dulu belajar di UiTM cawangan Sungai Petani pada tahun 2002 hingga 2004. Lepas tu, jodoh pulak dengan suami yang berasal dari Perlis. Jadi Sungai Dua ni dah menjadi laluan wajib setiap kali balik ke kampung. Tapi setiap kali merancang untuk singgah, ada je halangan.
Alhamdullilah, rezeki balik kampung hari tu, encik suami bawa Ayu dan anak- anak makan di kedai Ida Mee Udang. Kedai ni kami pilih atas saranan kawan- kawan yang menetap di sana.
Memang sangat berpuas hati, kuah yang sedap dan pekat. Bersama udang laut yang besar. Sangat berbaloi.
Untuk ke kedai mee udang ni tidak susah. Dari highway tu, korang keluar je ikut exit Sungai Dua. Lepas exit je, kedai di sebelah kanan anda. Berderet- deret kedai/restoran mee udang di sepanjang jalan. Pilih je mana yang korang suka.
Ya Allah, sikit punya lamalah entry ni duk dalam draft, sampai dah terlupa dah pasal KidZania.
Alhamdullilah, rezeki Alisha dan Ayra, berpeluang untuk kali ke dua ke KidZania.
Kali pertama dulu pakcik diorang belanja tiket. Kali ni Auntie Sarah diorang pula belanja. Terima kasih Sarah.
Actually unplanned pun. Tiba-tiba G call ajak pegi hari ni jugak sebab dia sekarang dah mengandung 37 minggu. Bila-bila masa je boleh bersalin. Benda last minute ni biasanya selalu jadi.
Since Azam busy ada kerja, terpaksalah kami tumpang G ke Kidzania. Jadi Azam drop je kami di rumah G di 16 Sierra, Puchong.
Sampai di Kidzania, kami jumpa Nadia dengan anak-anaknya yang super comel. Unlucky for us, Kidzania tutup pukul 5 dan kami sampai lewat. Dapatlah bermain 2 jam sahaja. Oklah kan dari datang saja. Anak-anak dah frust bila cakap tak jadi masuk. Jadi kami masuk jelah.
Dalam masa 2 jam, sempatlah anak-anak buat beberapa aktiviti, actually kalau pegi Kidzania, kena pergi dari pagi tau, baru puas hati. Tak delah rushing-rushing berlari nak kejar waktu.
Ni Ayu share sedikit info tentang Kidzania. Ianya di buka setiap hari dari pukul 10pg ke 5 ptg kecuali hari sabtu 10-7ptg. Harga tiket pula ialah percuma bagi kanak-kanak berusia 0-1, manakala RM34.20 untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun. Untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 17 tahun, RM67.50 di kenakan, manakala mereka yang berumur 18 hingga ke 59 tahun di kenakan sebanyak RM34.20. Akhir sekali, untuk warga emas iaitu berumur 60 tahun ke atas, RM 28.80 di kenakan.
Di sini, bermacam-macam kerjaya dan aktiviti-aktiviti yang anak-anak boleh cuba. Tapi Ayu suggest, umur paling bagus bawa anak-anak ke sini adalah 8tahun ke atas. Sebab banyak aktiviti untuk diorg dan mereka lebih independant untuk membuat aktiviti tanpa bantuan kita.
Bagi ibu bapa yang kepenatan. Jangan risau, di sana di sediakan tempat rehat khas untuk ibu bapa.
Di sini Ayu selitkan sedikit gambar semasa kami berada di sana. Happy reading...
Ni kaunter tiket. Lepas bayar tiket, nanti diorang akan bagi korang pakai benda ala- ala jam.
Hari Sabtu lepas, dapat la Ayu dan anak-anak join gathering potluck geng-geng isteri orang kapal. Ini adalah aktiviti yang selalu kami lakukan untuk mengeratkan hubungan kami semua yang berada dalam group watsapps PGK ( Partner Geng Kapal) .
Kalau tidak berpotluck, kami akan arrange lunch date dengan kawan- kawan. Alhamdullilah persahabatan kami semua sudah hampir mencecah 4 tahun. Dan group watsapp ini sudah wujud sejak 2 tahun yang lepas selepas tournement Bowling PGK yang di adakan pada Mac 2015 di Seremban, Negeri Sembilan.
Kami kerap dan suka berpotluck, tapi potluck kami kali ini lain dari yang lain. Biasa kami makan- makan je. Borak- borak, pastu balik. Tapi kali ni kami selitkan dengan bacaan surah Yassin, sambutan hari jadi anak- anak April, sleepover dan esoknya siap ada slot mandi manda lagi untuk anak- anak.
Seronok sangat bila dapat meluangkan masa dengan kawan- kawan senasib. Sebab hanya yang mengalami, akan mengerti apa yang kami rasai. Anda boleh kata anda faham, tapi anda belum tentu anda betul- betul memahami dan merasai jika anda bukan di tempat kami.
Menu utama di sediakan tuan rumah ialah nasi daging. Menu popular yang berasal dari negeri Kedah. Kata tuan rumah (Ekin),resipi ni di pelajari dari bapa mertuanya memandangkan ini adalah makanan kegemaran suaminya.
Dah lama kami teringin untuk menjamah nasi daging ni sejak di ceritakan oleh Eika aka Ekin's bff. Alhamdullilah, tercapai jugak hajat. Memang sedap nasi daging yang di sediakan, nak- nak sup daging dan air asamnya..memang membangkit selera.
Memandangkan ini adalah potluck, kami masing- masing membawa juadah untuk di kongsi. Macam- macam ada, KFC, egg tart, bihun goreng singapore, triple choc walnut brownies, sherperd pie, kek lumut, mee goreng, sambal hitam dan berbagai lagi menu yang memenuhi meja makan.
The best part bagi ayu ialah sleepover. Lagi best kalau lagi ramai yang boleh join, tapi malam tu hanya ada kami berempat. Tu pun siap berborak sakan sampai ke pukul 2 pagi. Layan movie marathon sampai last- last, movie yang tengok kami.
Awal subuh anak- anak dah siap bangun excited nak mandi pool. Terpaksalah mak- mak dengan mata panda melayan.
Apa-apapun, aktiviti berpotluck ni sangat menyeronokkan. Bukan saja untuk mak- mak, anak- anak pun kemain suka. Di harap persahabatan ini kekal ke akhir hayat. Tq, sayang korang semua ketat- ketat.
Orang perempuan ni memang ada tabiat-tabiat pelik yang mungkin orang lelaki/suami tidak tahu atau tidak ambik tahu. Cepat mengaku sapa ada perangai di bawah....
1. Suka selit duit
Tabiat ni dah berkurun-kurun di amalkan oleh wanita. Dari zaman atuk nenek moyang kita lagi. Dan sekarang, di turunkan ke generasi kita pula. Tabiat suka selit duit ni adalah di sebabkan sikap berjimat cermat dan untuk kegunaan di waktu kecemasan. Biasanya duit selit ni di simpan di lokasi-lokasi yang biasanya empunya badan sahaja yang tahu. Tapi yang paling menjadi kebiasaan ialah di celah- celah dompet duit, celah- celah handbag, dalam poket- poket seluar, dan yang paling old skool skali, simpan dalam baju tut.....hahaha tapi tu adalah realitinya.
2. Suka sorok barang shopping
Orang perempuan ni, dengan shopping memang sukar di pisahkan. Tidak kiralah murah atau mahal sesuatu barang itu. Janji boleh shopping. Terus happy. Nak elak kena bebel dengan encik suami, kena la sorok dulu barang- barang yang di beli. Lama- lama, satu demi satu la keluarnya. Tapi kena ada jarak waktunyalah, kena ada teknik dan taktik yang betul agar tidak kantoi.
3. Punyai kawan- kawan pemurah
Satu lagi taktik orang perempuan ni bila dah kuat sangat bershopping ialah kononnya barang- barang tu semua hadiah dari kawan. Pemurahkan kawan- kawan isteri anda. Ada je barang- barang yang di hadiahkan oleh kawan- kawannya.
4. Tidak suka lipat baju
Kami orang perempuan ni, tak kisah sangat bab masak, kemas rumah, jaga anak, basuh baju, sidai baju.....tapi, bab lipat baju tu. Hadui, memang malas yang amat. Kadang- kadang tu, sampai membukit timbunan baju. Tak pun, berbakul tersusun yang belum di lipat. Agaknya, kalau di jual mesin lipat baju, memang menjadi mesin wajib di setiap rumah la jawabnya.
5. Seposen pun berkira
Bukan maksudnya kami ni kedekut ke apa. Tapi kami ni suka compare harga barangan dari beberapa kedai untuk mendapatkan harga yang terbaik. Kadang-kadang sanggup kami patah balik ke kedai yang sebelumnya untuk membeli barang semata-mata perbezaan harga walaupun sedikit.
Ha....sekarang ni, cepat mengaku sapa ada tabiat di atas. Kalau tak semua pun, paling kurang mesti salah satu tu korang buatkan...apa-apa pun, tabiat kita tu bukan la buruk ke apa. Just kadang- kadang pasangan kita ni memang tidak tahu, atau sebenarnya diorang ni saja je buat- buat tak tahu. Betul tak?
Tadi dah makan banyak mangkuk Thai Noodle. Jadi petang ni daddy ajak pegi cycling dekat Taman Saujana Hijau.
Taman Saujana Hijau ni memang famous di kalangan penduduk Kuala Lumpur terutamanya. Sebab utamanya ialah, ianya sangat- sangat cantik dan nyaman.
Dah banyak artis dan pasangan-pasangan pengantin menjadikan Taman Saujana Hijau ni sebagai lokasi photoshoot diorang, termasuklah Rozita Che Wan dan Zain. Pernah suatu petang tu, kami jumpa 5 pasangan pengantin sedang photoshoot di sekitar Taman Saujana Hijau ni.
Taman ni sesuai untuk aktiviti jogging, cycling dan berkelah. Di sini banyak di sediakan gazebo- gazebo yang cantik untuk di jadikan tempat rehat para pengunjung.
Setiap petang memang di penuhi dengan orang- orang berjogging dan berbasikal. Memang tak jemu beriadah di sini. Pemandangan yang indah. Udara yang nyaman. Track jogging kat sini lebih kurang 3km. Boleh tahan la berpeluh turun naik bukit. Tadi masq berbasikal tu, boleh la 2 round. Tu pun siap berhenti- henti jugak. Daddy relax je, siap jogging 1 round plak. Mummy tak mampu dah tadi. Hihi
Apa- apapun, lokasi ni memang our favorite spot kalau nak beriadah. Memang tempat yang sgt2 awesome.
Happy reading...