AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Thursday, 25 June 2015

Trip ke IKEA untuk PGK Projek Kebajikan 2015

Ayu dan keluarga suka betul ke IKEA, bukan apa, selain daripada suka makan meatball IKEA yang sangat awesome tu, Ayu suka berangan bila pergi ke sana. Suka tengok cara mereka deco- deco. Pastu mulalah berangan kalau ada duit, nak buat camtu jugaklah....Ha....mesti ramai geng yang sama macam Ayu kan, kan , kan....

Tapi trip kali ni bukan untuk window shopping atau nak berangan-angan. Kali ni kami ke IKEA untuk menunaikan amanah orang di mana ianya untuk PGK (Partner Geng Kapal) Projek Kebajikan 2015, Projek Selimut Kasih 2.0

Projek kebajikan kami ini merupakan projek kali ke dua yang kami lakukan di mana pada tahun lepas iaitu 2014, kami telahpun melaksanakan Projek Selimut Kasih ini di Hospital Kuala Lumpur.

Alhamdullilah, hasil kutipan tahun lepas sangat mengalakkan dan sehingga ke hari ini, pesakit-pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur masih menggunakan selimut sumbangan dari kami.

Bermulanya projek ini adalah hasil idea dari rakan-rakan senasib yang di ketuai oleh kak Norhuda Awin. Dialah yang mencetuskan idea ini. Dan hasil sokongan dan dokongan rakan-rakan, projek ini berjaya di lakukan pada tahun lepas dengan cemerlang. Tahniah semua..

Tahun ini, projek ini di teruskan selepas mendapat persetujuan ahli-ahli jawatankuasa projek selimut kasih dan pengerusi PGK iaitu Puan Azie Muhamad. Alhamdullilah, sehingga ke hari ini, kami masih menerima sumbangan yang tidak henti-henti dari ahli-ahli PGK dan orang ramai.

Untuk mengelakkan masalah kehabisan stok selimut dan masalah pengangkutan, kami terpaksa buat 2 trip ke IKEA. Jadi, untuk trip pertama ini. Kami telah membeli sebanyak 135 helai selimut hasil kutipan sumbangan daripada semua. 

InsyaAllah tiada aral, trip ke 2 atau terakhir akan di lakukan pada 3 Julai 2015 dan sumbangan akan di sampaikan dalam masa terdekat. Tarikh penyampaian sumbangan belum dapat di tetapkan kerana masih dalam status perbincangan dengan pihak hospital. 

Bagi anda yang berminat untuk sama-sama menyumbang, bolehlah rujuk kepada poster yang Ayu attach di sini. Sama- samalah kita menyumbang untuk kegembiraan anak-anak syurga. 

Thank you 4 reading...



Ni untuk rujukan anda semua jika berminat untuk bersama- sama menyumbang. 
Terima kasih.
Satu trolley bersamaan 60 helai selimut.
Ayra tolong check, ok ke tak selimut tu..
Masa tengah beratur nak membayar 135helai selimut hasil sumbangan kawan-kawan yang berhati mulia.
Treat time sebab diorang baik sudi teman mummy membuat kebajikan. Semoga mereka pun ikut jejak langkah kami. AMIN...

No comments:

Post a Comment