AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Thursday 25 June 2015

Resipi Buah Melaka kuih wajib bulan puasa


Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
Sedikit air
Garam
Air kapur
Gula melaka di potong dadu
Daun pandan
Pewarna hijau
Kelapa parut

Cara-caranya

Blend daun pandan dengan air dan tapis untuk mendapatkan patinya.
Masukkan tepung pulut, garam, air kapur dan air secukupnya.
Uli hingga menjadi doh.
Leperkan doh sebesar syiling 50sen lama dan masukkan gula melaka dan akhir sekali bulatkan. Ulang sehingga doh habis.
Panaskan air dan letak sehelai daun pandan. Bila mendidih, masukkan adunan buah melaka. Angkat bila sudah timbul. (Timbul bermakna sudah masak)
Gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Golekkan buah melaka yang sudah masak di dalam kelapa parut. Siap
Macam biasa, assistant mummy sure nak tolong buat. Tapi bagus aktiviti ni. Boleh develop otak anak-anak sambil meningkatkan self-esteem mereka. 
Dah siap bentuk-bentuk dah buah melaka
Masukkan ke dalam air mendidih.
Dah masak, toskan dulu airnya.
Dah toskan air, golek-golek dalam kelapa parut. Siap.....

No comments:

Post a Comment