AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Friday, 26 June 2015

Dugaan di bulan Ramadhan 2015

Hari ni kami di duga, iya, dugaan kecil dari Yang Maha Esa untuk menguji keimanan kami. Pada Ramadan ke sembilan, tercatatlah sejarah di mana kereta kami telah di langgar oleh lori pasir 10 tan.

Benda nak jadi. Bukan pakcik tu saja-saja pun nak langgar kami. Dia dari lane kanan nak masuk ke lane kiri, kebetulan kami di lane kiri berdekatan bahagian kepala lori. Jadi kereta kami tidak terlihat di dalam cermin sisi lori. Tahu-tahu dah berlaku pelanggaran.

Ayu pun tak sempat nak buat apa-apa, tergamam tengok lori dah siap cium pipi kereta. Nasib baik anak-anak ok. Tidak terkejut atau trauma. Nasib baik juga masa kejadian Ayu bukan dengan anak-anak je. Adik dan adik ipar ada sama sebab Ayu baru je ambik diorang dari Bukit Jelutong kerana adik Ayu ada interview di sana. Azam tidak ikut kerana sepatutnya mengikuti program bersama YB Izzah. 

Alhamdulillah pakcik driver ni bertanggungjawab. Dia berhenti di tepi dan memberi kerjasama dan memohon maaf. Dia suruh kami snap gambar lori dan bagi nombor telefon. Ayu pula tidak boleh keluar kerana pintu sudah kemik dan car seat Ayra ada di sebelah seat pemandu. Jadi adik Ayulah yang berbincang dan mengambil gambar. Pakcik tu pun ok, dia datang dekat kereta bincang dengan Ayu elok-elok.

Masa kejadian dalam pukul 5.20 petang, jadi jalan agak jammed. Jadi kami tidak tunggu lama berbincang di tepi jalan. Kami hanya bertukar no telefon dan mengambil gambar sebagai bukti dan rujukan masing-masing.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Damasara Puchong. Jadi mula-mula Ayu menghala ke IPD USJ 8 untuk membuat laporan polis. Tapi rupa-rupanya kawasan kemalangan jatuh di dalam jajahan IPD Serdang. 

Memandangkan sudah dekat waktu berbuka dan bas adik Ayu nak balik ke Kelantan pun malam ni pukul 9. Kami putuskan untuk balik rumah dulu.

Elok-elok sampai di rumah Kajang orang dah azan, sempat la kami berbuka, mandi dan solat. Terus pukul 8.30 pergi hantar adik di stesen bas Kajang. Dari sana, terus kami ke IPD Serdang di Bukit Kinrara, Puchong.

Pakcik driver lori pun dah ada di sana untuk buat laporan. Alhamdulliah, dia mengaku salah dia dan di saman kerana cuai. Semuanya berjalan lancar. Sebelum balik, sempat lagi dia memohon maaf sekali lagi dan bersalaman dengan Azam.

InsyaAllah kami dah maafkan dan redha. 

Sekarang ni tunggu proses nak baiki dan claim insurance kereta. Harap-harap cepatlah settle. Raya dah tak lama ni.

Apa-apapun, Ayu dan keluarga bersyukur. Kami tidak cedera. Alhamdullilah...syukur Ya Allah...


Inilah keadaan kereta kami. Sob sob, ke dua-dua pintu dah tak boleh buka. Kesan dari rim lori mengakibatkan pintu terkoyak. 
Pakcik driver lori yang sangat bertanggungjawab. Dia memohon maaf dan mengaku salah di balai. Alhamdullilah, laporan polis berjalan lancar.
Lori pasir 10 tan yang terlanggar kami. Besarkan, seram sejuk tengok lori ni. Alhamdullilah di panjangkan umur kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment