Ayra ni sejak lahir mata kiri dia agak twist. Tapi tak la setiap sama. Hanya kadang- kadang bila dia tak boleh focus je jadi.
Biasa orang-orang akan cakap. Dia akan sembuh sendiri. Ada yang ambik masa setahun. Ada yang lebih.
Since sekarang Ayra dah 1 tahun 4 bulan pun mata dia masih bermasalah. Ayu refer kat doktor Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang. Doktor sana pulak suruh refer ke pakar mata di Hospital Serdang.
Jadi hari ni ke sinilah kami untuk mendapatkan rawatan untuk Ayra. Mungkin bagi orang- orang. Alah...skit je, tak nampak pun..bla bla bla... tapi bagi Ayu,baik kita merawat sebelum parah. Lagi pun ini untuk kebaikan dia di masa akan datang, as parent, jangan la kita ambik ringan kebajikan anak-anak. Memang la sekarang ini tiada masalah untuk dia since lazy eyes ni tak sakit atau menyusahkan dia. Tapi bila dia besar nanti, ini boleh di jadikan isu untuk dia rendah diri. Ya, bukan semua orang sempurna, tapi sebagai ibu bapa, kita cuba yang terbaik untuk anak-anak kita.
Kami datang punyalah awal, lepas solat subuh je terus gerak ke Hospital Serdang, tup tup, mak aih, berpusing- pusing bulatan orang beratur. Tapi yang bagusnya, servis di kaunter Hospital Serdang ni cepat dan cekap. Jadi tidaklah lama kami menunggu untuk pendaftaran.
Dah siap daftar, naik atas, tunggu turn untuk berjumpa doktor. Sementara menunggu giliran, Alisha dan Ayra ambik peluang bermain di play area yang di sediakan.
Bila dah jumpa doktor tu, macam-maca ujian yang di buat, maklumlah jumpa pakar mata. Kesian si Ayra, menangis menahan di titik ubat yang pedih untuk membesarkan anak mata. Akhirnya, keputusan check up mata Ayra adalah negative. Mata Ayra di katakan tiada bermasalah. Hanyalah lazy eyes yang akan baik dengan sendiri.Lazy eyesnya adalah minimal di mana dia belum 100% kuat mengawal matanya. InsyaAllah akan di rawat oleh waktu.
Alhamdullilah, syukur. Ayra tidak perlu lagi melalui ujian, pemeriksaan dan apa-apa pembedahan untuk mengubati masalah lazy eyesnya. Kami hanya di bekalkan dengan tarikh temujanji pada Februari 2016 untuk rujukan sekiranya Ayra masih mempunyai masalah yang sama.
Apa-apapun, tidak salahkan kita berikhtiar. Alhamdullilah jika anak tiada apa-apa, dan jika anak bermasalah, at least kita boleh rawat dari awal sebelum parah. Prevention is better than cure. betul tak? Terima kasih buat semua doktor, nurse2 dan staff di Hospital Serdang. Jasa kalian di kenang.
Oklah, cukuplah untuk entry kali ni. Papai.
Happy reading.....
*mummy loves u girls
No comments:
Post a Comment