AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Sunday, 28 June 2015

Berbuka puasa di Cibiuk Taman Kajang Putra

Alhamdullilah, rezeki hari ini. Dapatlah kami berbuka puasa di Rumah Makan Cibiuk yang terletak di No. 1G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, Selangor, 43000 Kajang, Malaysia. Nak cari dia senang je, dekat exit tol sungai Ramal. 

Ini merupakan kali kedua Ayu dan keluarga makan di sana semenjak ianya di buka pada tahun 2012. Bukan apa, tekak dah terbiasa dengan Wong Solo, jadi masa first time pegi sana, Ayu tak serasi dengan menu-menunya. Tak kena selera. Sebab tulah bila Azam ajak makan di Cibiuk je, Ayu akan tolak mentah-mentah.

Tapi bila asyik tengok news feed kawan-kawan memuji Cibiuk, dan bila Azam berbuka puasa di luar hari ni. Terus tergerak nak cuba balik makan di sana.

Sebelum call untuk booking meja,Ayu siap membaca banyak blog- blog yang review Cibiuk dan 90% memuji. Jadi, selepas mendapat persetujuan daripada Azam. Pantas Ayu mendail number telefon Cibiuk. Alhamdullilah, rezeki, masih ada meja kosong.

Tepat pukul 6 kami keluar rumah, singgah pasar Ramadhan dulu. Selepas puas berjalan dan beli kuih muih, kami terus ke Cibiuk. Kami sampai lebih kurang pukul 6.50 petang.

Cibiuk fully book hari ini. Semua meja penuh, malah di luar pun ada orang. Yang menarik di Cibiuk ni ialah kaunter ulam dan sambal. Semuanya percuma, ambiklah banyak mana korang suka. Dan  pilihan yang di sediakan juga banyak.

Untuk hari ini Ayu mencuba Nasi Bakar Pulen Komplit manakala Azam mencuba Nasi Timbel Komplit Ayam Bakar. Serious, lepas makan, Ayu admit. This is one of the best Indonesian Cuisine di Kuala Lumpur. Especially sambal-sambal dia.

Bagi Azam pula, dia sukakan nasinya. Cuma kurang berkenan dengan rasa ayam bakar yang agak manis. Biasa dia suka makan set ayam goreng atau ayam penyet jika menikmati Indonesian Cuisine, tapi ntah mengapa hari ni Ayu terpesan set ayam bakar.

Selain 2 set di atas, ayu tambah sup tulang dan nasi putih untuk Alisha dan Ayra. Alhamdullilah, habis diorg makan nasi dengan sup. Dan untuk desert, Ayu pesan pisang cheese. Sebab banyak review kata wajib cuba. Setelah mencuba, kami pun decide pisang cheese ini memang menu yang wajib di cuba.

Alhamdullilah, selesai sudah berbuka untuk hari ke 11. Semoga kami di beri peluang untuk berpuasa penuh tahun ini...insyaAllah, amin.

Thank you for reading.

Ni pandangan dari depan restaurant.
Suasana di dalam Rumah Makan Cibiuk semalam
Kaunter ulam-ulaman dan sambal-sambal
Antara sambal yang Ayu pilih
Nasi Bakar Pulen Komplit
Nasi Timbel Komplit Ayam Bakar
Sup tulang untuk anak-anak
Ayra duk sibuk makan ulam-ulam
Menu wajib cuba, pisang cheese

Resipi kuih puteri mandi


Bahan bahan

2 cawan tepung pulut

Daun pandan

Air secukupnya

sedikit garam

Air kapur

Kelapa parut

1-2 keping gula melaka

1 cawan santan

Cara-cara

1. Blend daun pandan bersama sedikit air dan tapis untuk mendapatkan patinya.

2. Masukkan tepung, air kapur, garam dan aor secukupnya dan uli sehingga adunan tidak melekat.

3. Bentukkan adunan menjadi bulat-bulat dan tekan di bahagian tengah dengan jari.

4. Rebus di dalam air mendidih,angkat dan sejat apabila sudah masak.

5. Di dalam periuk lain. Panaskan air, masukkan gula melaka, santan, daun pandan yang di carik dan kelapa parut. Masak dan kacau sehingga sebati.

6. Akhir sekali, masukkan kuih-kuih yang sudah di sejat dan gaul semuanya. Siap untuk di hidang.


Didihkan air dan masukkan adunan yang telah siap di bentuk ke dalamnya.

Masak sehingga kuih timbul. Timbul bermaksud kuih sudahpun masak.
Angkat dan sejat kuih sebelum di campur ke dalam adunan kelapa.

Friday, 26 June 2015

Dugaan di bulan Ramadhan 2015

Hari ni kami di duga, iya, dugaan kecil dari Yang Maha Esa untuk menguji keimanan kami. Pada Ramadan ke sembilan, tercatatlah sejarah di mana kereta kami telah di langgar oleh lori pasir 10 tan.

Benda nak jadi. Bukan pakcik tu saja-saja pun nak langgar kami. Dia dari lane kanan nak masuk ke lane kiri, kebetulan kami di lane kiri berdekatan bahagian kepala lori. Jadi kereta kami tidak terlihat di dalam cermin sisi lori. Tahu-tahu dah berlaku pelanggaran.

Ayu pun tak sempat nak buat apa-apa, tergamam tengok lori dah siap cium pipi kereta. Nasib baik anak-anak ok. Tidak terkejut atau trauma. Nasib baik juga masa kejadian Ayu bukan dengan anak-anak je. Adik dan adik ipar ada sama sebab Ayu baru je ambik diorang dari Bukit Jelutong kerana adik Ayu ada interview di sana. Azam tidak ikut kerana sepatutnya mengikuti program bersama YB Izzah. 

Alhamdulillah pakcik driver ni bertanggungjawab. Dia berhenti di tepi dan memberi kerjasama dan memohon maaf. Dia suruh kami snap gambar lori dan bagi nombor telefon. Ayu pula tidak boleh keluar kerana pintu sudah kemik dan car seat Ayra ada di sebelah seat pemandu. Jadi adik Ayulah yang berbincang dan mengambil gambar. Pakcik tu pun ok, dia datang dekat kereta bincang dengan Ayu elok-elok.

Masa kejadian dalam pukul 5.20 petang, jadi jalan agak jammed. Jadi kami tidak tunggu lama berbincang di tepi jalan. Kami hanya bertukar no telefon dan mengambil gambar sebagai bukti dan rujukan masing-masing.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Damasara Puchong. Jadi mula-mula Ayu menghala ke IPD USJ 8 untuk membuat laporan polis. Tapi rupa-rupanya kawasan kemalangan jatuh di dalam jajahan IPD Serdang. 

Memandangkan sudah dekat waktu berbuka dan bas adik Ayu nak balik ke Kelantan pun malam ni pukul 9. Kami putuskan untuk balik rumah dulu.

Elok-elok sampai di rumah Kajang orang dah azan, sempat la kami berbuka, mandi dan solat. Terus pukul 8.30 pergi hantar adik di stesen bas Kajang. Dari sana, terus kami ke IPD Serdang di Bukit Kinrara, Puchong.

Pakcik driver lori pun dah ada di sana untuk buat laporan. Alhamdulliah, dia mengaku salah dia dan di saman kerana cuai. Semuanya berjalan lancar. Sebelum balik, sempat lagi dia memohon maaf sekali lagi dan bersalaman dengan Azam.

InsyaAllah kami dah maafkan dan redha. 

Sekarang ni tunggu proses nak baiki dan claim insurance kereta. Harap-harap cepatlah settle. Raya dah tak lama ni.

Apa-apapun, Ayu dan keluarga bersyukur. Kami tidak cedera. Alhamdullilah...syukur Ya Allah...


Inilah keadaan kereta kami. Sob sob, ke dua-dua pintu dah tak boleh buka. Kesan dari rim lori mengakibatkan pintu terkoyak. 
Pakcik driver lori yang sangat bertanggungjawab. Dia memohon maaf dan mengaku salah di balai. Alhamdullilah, laporan polis berjalan lancar.
Lori pasir 10 tan yang terlanggar kami. Besarkan, seram sejuk tengok lori ni. Alhamdullilah di panjangkan umur kami sekeluarga.

Thursday, 25 June 2015

Trip ke IKEA untuk PGK Projek Kebajikan 2015

Ayu dan keluarga suka betul ke IKEA, bukan apa, selain daripada suka makan meatball IKEA yang sangat awesome tu, Ayu suka berangan bila pergi ke sana. Suka tengok cara mereka deco- deco. Pastu mulalah berangan kalau ada duit, nak buat camtu jugaklah....Ha....mesti ramai geng yang sama macam Ayu kan, kan , kan....

Tapi trip kali ni bukan untuk window shopping atau nak berangan-angan. Kali ni kami ke IKEA untuk menunaikan amanah orang di mana ianya untuk PGK (Partner Geng Kapal) Projek Kebajikan 2015, Projek Selimut Kasih 2.0

Projek kebajikan kami ini merupakan projek kali ke dua yang kami lakukan di mana pada tahun lepas iaitu 2014, kami telahpun melaksanakan Projek Selimut Kasih ini di Hospital Kuala Lumpur.

Alhamdullilah, hasil kutipan tahun lepas sangat mengalakkan dan sehingga ke hari ini, pesakit-pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur masih menggunakan selimut sumbangan dari kami.

Bermulanya projek ini adalah hasil idea dari rakan-rakan senasib yang di ketuai oleh kak Norhuda Awin. Dialah yang mencetuskan idea ini. Dan hasil sokongan dan dokongan rakan-rakan, projek ini berjaya di lakukan pada tahun lepas dengan cemerlang. Tahniah semua..

Tahun ini, projek ini di teruskan selepas mendapat persetujuan ahli-ahli jawatankuasa projek selimut kasih dan pengerusi PGK iaitu Puan Azie Muhamad. Alhamdullilah, sehingga ke hari ini, kami masih menerima sumbangan yang tidak henti-henti dari ahli-ahli PGK dan orang ramai.

Untuk mengelakkan masalah kehabisan stok selimut dan masalah pengangkutan, kami terpaksa buat 2 trip ke IKEA. Jadi, untuk trip pertama ini. Kami telah membeli sebanyak 135 helai selimut hasil kutipan sumbangan daripada semua. 

InsyaAllah tiada aral, trip ke 2 atau terakhir akan di lakukan pada 3 Julai 2015 dan sumbangan akan di sampaikan dalam masa terdekat. Tarikh penyampaian sumbangan belum dapat di tetapkan kerana masih dalam status perbincangan dengan pihak hospital. 

Bagi anda yang berminat untuk sama-sama menyumbang, bolehlah rujuk kepada poster yang Ayu attach di sini. Sama- samalah kita menyumbang untuk kegembiraan anak-anak syurga. 

Thank you 4 reading...



Ni untuk rujukan anda semua jika berminat untuk bersama- sama menyumbang. 
Terima kasih.
Satu trolley bersamaan 60 helai selimut.
Ayra tolong check, ok ke tak selimut tu..
Masa tengah beratur nak membayar 135helai selimut hasil sumbangan kawan-kawan yang berhati mulia.
Treat time sebab diorang baik sudi teman mummy membuat kebajikan. Semoga mereka pun ikut jejak langkah kami. AMIN...

Resipi Buah Melaka kuih wajib bulan puasa


Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
Sedikit air
Garam
Air kapur
Gula melaka di potong dadu
Daun pandan
Pewarna hijau
Kelapa parut

Cara-caranya

Blend daun pandan dengan air dan tapis untuk mendapatkan patinya.
Masukkan tepung pulut, garam, air kapur dan air secukupnya.
Uli hingga menjadi doh.
Leperkan doh sebesar syiling 50sen lama dan masukkan gula melaka dan akhir sekali bulatkan. Ulang sehingga doh habis.
Panaskan air dan letak sehelai daun pandan. Bila mendidih, masukkan adunan buah melaka. Angkat bila sudah timbul. (Timbul bermakna sudah masak)
Gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Golekkan buah melaka yang sudah masak di dalam kelapa parut. Siap
Macam biasa, assistant mummy sure nak tolong buat. Tapi bagus aktiviti ni. Boleh develop otak anak-anak sambil meningkatkan self-esteem mereka. 
Dah siap bentuk-bentuk dah buah melaka
Masukkan ke dalam air mendidih.
Dah masak, toskan dulu airnya.
Dah toskan air, golek-golek dalam kelapa parut. Siap.....

Sunday, 21 June 2015

Resipi Nasi Goreng Belacan Cik Abang

Ni resipi dari encik suami. Dia suka masak goreng-goreng. Mee ke, kueh teaw ke, nasi ke..kalau bab goreng-goreng memang Ayu tak boleh lawan dia. Tapi resipi yang Ayu kongsi ni tak sebiji resipi dia sebab versi dia selalu berubah-rubah tapi tetap sedap je.

Bahan- bahan

2 mangkuk nasi putih
Daging di dadu
Sawi (dalam pic xde sayur sebab takde stok dlm peti ais.
Minyak untuk menumis

Bahan di kisar

Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 2 ulas
Belacan
Ikan bilis
Cili padi
Cili kering/cili merah

Bahan perasa

Gula
Garam
Sos tiram

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng separuh masak.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan bahan perasa, nasi dan sayur. Kacau sebati. Siap..

Thursday, 18 June 2015

Resepi Cupcake Vanilla 4 dummies


Inilah hasilnya

Bahan bahan

170gram butter

1 3/4 cawan gula kastor

1 1/4 cawan susu (buttermilk)

3 biji telur

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 sk garam

2 1/2 sk baking powder

3 sk vanilla essence

Bersama chef Alisha
Mula-mula pukul gula dan mentega sampai sebati dan gebu
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati
Masukkan tepung, garam dan baking powder yang telah di ayak bersama vanila essence dan buttermilk. Pukul sehingga sebati lebih kurang 5 minit
Masukkan adunan ke dalam bekas dan hiasa mengikut kegemaran anda
Bakar di dalam oven selama 18-20 minit pada 180°.

Sunday, 14 June 2015

Beriadah di Taman Tasik Cempaka, Bangi

Aktiviti petang-petang kalau tidak ke mana-mana, kami suka bawa anak- anak ke playground. Kalau tidak ke playground apartment kami. Kami ke Tasik Cempaka, Bangi.

Kalau dah ke Tasik Cempaka ni, biasanya Ayu dengan Azam akan bergilir-gilir berjogging sambil sorang akan monitor anak-anak bermain di playground.

Di sini bermacam-macam aktiviti yang kita boleh lakukan selain berjogging. Kita boleh berbasikal, main roller blade, main bubble dan macam-macam lagi.

Jangan bimbang bab makan dan minum di sini. Ramai penjual menjual pelbagai jenis minuman dan makanan. Siap duit ajelah kalau bawa anak-anak ke sini.

Ini adalah aktiviti yang bagus dan jimat sebab anda hanya bermodalkan minyak untuk ke playground. Nak jimat lagi. Bawa siap- siap makanan dan minuman dari rumah untuk elak pengeluaran kos berlebihan.

Ni ada Ayu selitkan gambar kami semasa di Tasik Cempaka. Happy reading...

Xoxo

Alisha sibuk nak try tiang bomba
Ayra suka betul main slide
muka kakak bad mood kena kayuh basikal
Main kereta remote control
Ni favourite Alisha
Aktiviti main bubble
Ice cream time

Wednesday, 10 June 2015

Meniaga laksam la pula

Hari tu lepas buat makan- makan laksam di rumah. Terus datang idea nak jual laksam.

Azam lah sebenarnya. Dari dulu lagi sibuk nak suruh jual laksam.. macam la bini dia ni pandai sangat buat laksam.

Ntah kenapa, tiba-tiba, ada semangat pulak nak buat laksam dan berniaga. Mungkin sebab azam sanggup tolong Ayu mengukus laksam. Jadi, semangat tu datang la sikit.

Buat laksam ni. Kuah dia tidak la susah. Yang penat tu bab nak mengukus laksam. Tu yang susah skit. Sebab kena buat satu- satu.

Nak di jadikan cerita. Ayu pun buat la laksam, jual kat kawan-kawan. Alhamdullilah. Habis jugaklah 4 kilo kuah laksam putih dan 2 kilo kuah laksam merah. Syukur Ya Allah.

Terima kasih kepada yang sudi membeli.

Untuk tempahan, boleh hubungi Ayu di 0173439262

Ni bungkusan pertama Ayu buat.
pastu fikir senang jual yang camni, orang nak bawa pun senang


Komen-komen yang membina dari kawan- kawan. Terima kasih korang, insyaAllah Ayu akan improve. Practice make perfect..