AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Wednesday, 11 November 2015

Resepi mee kuning

Bahan-Bahan

1kg tepung gandum

1 mug air dicampur dengan 1/2sudu besar air abu soda, sedikit pewarna kuning

2 biji telur

Cara-Cara

1) Uli tepung dengan bancuhan air & telur. Tekstur mesti lebih keras dari doh karipap. Tak boleh banyak air nanti mee jadi lembik. Tekstur kenyal memang doh dia kena kering & keras

2) bulatkan n leperkan doh. Masuk dalam mesin mee mata leper untuk leperkan dia jatuh satu doh yang leper & panjang

3) sapukan minyak kat doh yg dah leper tadi depan & belakang pastu masukkan kat mesin mee mata untuk buat mee halus tula

4) celur dalam air mendidih yang dah dicampur 2 sudu garam untuk 30saat ke 1 minit. Jangan lama sangat nanti lembik soggy. Toskan air. Gaul mee yg dah siap tu dengan sedikit minyak. Kemudian boleh terus simpan atau masak!

Sunday, 20 September 2015

Resepi Kek Milo Microwave

Bahan-bahan

1/2 cawan gula halus
1/2 cawan milo
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1sk vanila
1sk baking powder

Cara-cara

Masukkan ke semua bahan di atas dlm bekas...kacau sebati dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas.

Bakar dalam microwave selama 3 minit

My princess Alisha makan kek Milo dgn Nutella... siap puji-puji lagi
Walau sekejab...gebu tau
Inilah hasilnya

Saturday, 4 July 2015

Kek Lumut untuk Potluck buka puasa Ramadhan ke 17

Alhamdullilah, hari ni berjaya juga Ayu buat kek lumut. Padahal resipi ni dah lama sangat Ayu dapat dari Kak Lynda dan kawan-kawan sedari kali pertama merasai keenakan kek ini di rumah Ekin pada bulan April yang lepas.

Yelah, kalau Ayu buat kek ni untuk makan sendiri. Maulah naik sekilo dua berat badan sebab Azam bukanlah peminat makanan manis. Last- last Ayulah yang kena habiskan kek ni nanti.

By the way, Ayu memang suggest korang cuba kek ni sebab nak buat kek ni tidaklah susah. Cuma bab kukus je yang lama sikit. So pastikan gas korang cukup untuk mengukus kek ini selama 2 jam setengah.

Resipi kek lumut

Bahan-bahan

1 cawan tepung di ayak
1 cawan horlick
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula halus
250grm majerin
4 biji telur
4 sudu kaya
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar pewarna hijau


Cara- caranya
Mula-mula, pukul gula dan majerin sehingga kembang
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Apabila sebati, masukkan kaya dan susu.
Masukkan esen vanila dan pewarna hijau dan masukkan tepung gandum.
Akhir sekali, masukkan horlick dan kacau sebati aduanan ini.

Macam biasa, assistant mummy akan membantu mummy baking and cooking
Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah di sapu majerin
Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 2-3 jam.

Inilah hasilnya setelah masak. Kaw-kaw warna lumutku
Siap untuk di makan.

Ni pula Ayu nak share versi loyang 5inc bulat
sesuai untuk family kecil (4-8 orang)

Bahan-bahan

1/2 cawan tepung di ayak
1/2 cawan horlick
1/8 cawan susu pekat manis
1/4 cawan gula halus
125 grm majerin
2 biji telur
2 sudu kaya
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar pewarna hijau

Cara-cara yang sama, cuma kukus 1 jam sahaja. 

Alisha dan pink berpisah tiada
Tara...dh siap pun kek lumut pinkku ini
Gambar kami berpotluck di rumah kakak ipar di Semenyih

Birthday Zahra dan berbuka puasa di rumah Kak Akiah

Ha, buat yang wonder siapa itu kak Akiah, dia ialah kakak ipar Ayu aka kakak Azam. Dia merupakan seorang guru dan mempunyai 2 cahaya mata aka anak menakan Ayu iaitu Yasmin dan Aiman.

Hari ni Sabtu bersamaan 4 Julai 2015 ialah tarikh lahir Zahra iaitu anak saudara kami anak kepada abang Azam iaitu abang Aman. Dengan baik hatinya kak Akiah volunteer untuk meraikan hari lahir Zahra di rumahnya seperti semasa sambutan hari Alisha pada 30 April yang lalu. (Semoga bertambah-tambah murah rezekinya, ameen)

Orang yang paling seronok adalah anak-anak. Mereka bermain sampai terlupa untuk makan. Tapi yang paling penting diorang enjoy dan rapat dengan satu sama lain.

Ni Ayu selitkan gambar untuk tatapan korang. 
Selamat membelek gambar...hihi




The girls main model-model dan ala-ala frozen katanya.
Si Kumbang Harraz pun join the club 
My brother in law's family. Birthday girl is so happy...
Our yummy menu for berbuka
Ayra, Alisha, Insyirah and Zahra 
Alhamdullilah, rezeki kami hari ini. 
Encik suami tolong bakar ayam, ikan dan daging. 
Bahagian desert je pun dah sampai 7 jenis
Hensem boy Ezra yang pandai bawa diri.

Thursday, 2 July 2015

Resipi Daging bakar Kelantan ( sesuai utk nasi kerabu)



Bahan- bahan

Daging tempatan segar
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit
Garam
Gula
Sesudu jintan manis
Sesudu jintan putih
( 2x jintan Ayu x letak..kurang suka)

Cara- cara
Campur semua di atas kecuali daging dan blend.

Lumurkan semua di daging dan biarkan selama 2 jam.

Bakar di atas arang atau di dalam oven. Lagi sedap di atas arang.. siap

Resipi butter prawn


Bahan-bahan

Untuk udang

-Udang segar

- 3 ulas bawang putih di cincang

- 6 tangkai cili padi di potong

-1/4 cawan susu segar/cair

-sedikit butter dan minyak

-garam dan lada sulah

- sesudu tepung jagung

- daun kari

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan butter.

2. Gaulkan garam, lada sulah/lada hitam dengan udang. Biarkan sekejab di tepi.

3. Tumis cili padi dan bawang putih. Masukkan daun kari dan tumis sampai naik bau.

4. Masukkan susu dan udang. Masak sehingga udang hampir masak. 

5. Masukkan tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air. (Optional, x masuk pun xpe)

6. Apabila sudah kering. Angkat dan tabur serdak telur. Siap

Untuk telur (serdak)

- secawan minyak

-sesenduk butter

-3 biji telur kuning sahaja

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan butter. 

2. Kacau telur kuning sehingga sebati. Tak perlu kembang.

3. Apabila minyak panas, kacau minyak membulat non stop mengunakan senduk bulat sambil tuang telur dari atas. Lagi tinggi lagi bagus dan halus.

4. Kacau non stop sehingga telur masak. Angkat dan toskan. Siap

Wednesday, 1 July 2015

Resipi Nasi Ayam senang lagi sedap

Ayu ni dah lama teringin nak masak nasi Ayam. Tapi sebelum ni, belum ada kerajinan dan belum sampai seru agaknya.

Memandangkan sekarang ni bulan puasa, bermacam-macam resipi dan menu Ayu cuba demi nak mengvariasikan( perkataan suka2 hati je) juadah berbuka puasa. Setelah 2- 3 kali delay. Akhirnya, hari ni, siap jugalah masakan nasi ayamku.

Macam biasa, resipi nasi ayam ni Ayu ambik dari google ajo. Baca banyak-banyak blog dan pilih mengikut selera Ayu. Terima kasih blogger semua yang sudi sharing resipi korang.

Apa-apa pun, nilah hasilnya. Dan alhamdullilah, anak- anak dan suami suka. Alisha siap makan 3 kali hari ni. Habis nasi 4 pot kami makan 4 beranak. Alisha cakap, sedap mummy...kakak suka, terima kasih mummy. Sejuk hati dan perut mummy...terus berniat nak masakkan selalu untuk family tercinta.

Ni Ayu sharekan resipi kalau-kalau korang berminat nak mencuba.

Selamat mencuba...

Nasi ayamku tiada salad. Malas beli punya pasal.
Nasi

Bahan-bahan

Beras 4 pot (di bersihkan dan di tos)
3/4 cawan minyak ayam
1 sudu planta
garam
3 cawan sup ayam
( sesuaikan dgn jenis beras anda, lain beras lain kuantiti air)
1 inci Halia
4 biji Bawang putih
2 helai daun pandan

Cara-caranya

Panaskan minyak ayam bersama planta. Tumis bawang dan halia serta daun pandan sehingga naik bau.
Masukkan kedalam periuk nasi dan campurkan beras yang sudah di bersihkan dan di tos bersama-sama garam dan air sup ayam.
Masak nasi seperti biasa.
Sup Ayam

Bahan-bahan

Bahan kisar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia

1 ketul ayam
kaki dan tengkuk ayam
1 cube ayam
2 sudu serbuk perencah sup
bahan perasa

Cara-cara

Tumis bahan kisar di dalam minyak panas sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan air.
Masukkan cube ayam, bahan perasa dan perencah sup.
Masak sehingga ayam empuk.

Sambal cili

Bahan-bahan

5 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 sudu cuka
sedikit gula dan garam
1 sudu sos cili

Cara-cara

Blend ke semua bahan-  bahan di atas dan masak sekejab di atas api sederhana

Sos kicap
(Boleh guna lebihan perapan ayam)

4 ulas Bawang putih
1 cm halia
sos tiram
1 sudu kecil madu
3 titik minyak bijan
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
Sedikit sup ayam

Cara- cara

Tumbuk bawang dan halia, kemudian campurkan ke semua bahan- bahan di atas.




Ayam goreng 

Bahan-bahan

4 ulas Bawang putih
1 cm halia
sos tiram
1 sudu kecil madu
3 titik minyak bijan
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin

Cara-cara

Tumbuk bawang dan halia, kemudian campurkan ke semua bahan- bahan di atas.
Perap ayam bersama-sama bahan-bahan di atas selama 10 minit. Kemudian goreng.

Puding roti lah pula

Hari ni dah masuk puasa ke 14, tak sangka, pejam celik,pejam celik, dah 2 minggu kita berpuasa. 

Kadang-kadang dah tak tahu nak masak apa dah untuk berbuka puasa. Nasib baiklah hari ni encik suami request nak makan puding roti. Jadi tak perlulah pening-pening kepala fikir apa nak masak.

Ayu tak pernah buat puding roti, tapi suka makan puding roti. Biasa kawan- kawan atau saudara mara yang masakkan. Tapi dah encik suami minta. Pantaslah Ayu mengoogle. Macam biasa, haruslah rujuk banyak-banyak resipi supaya mendapat yang terbaik dan yang paling senang di fahami.

Akhirnya, inilah hasilnya. Alhamdullilah, rasa dan bentuknya sempurna. Cuma bab manis tu korang ke ubah-ubah sendiri. Ayu punya versi tak manis sangat sebab Azam tak suka manis-manis. Selamat mencuba.

Bahan-bahan

Roti 8 keping
Susu cair 1 tin
Susu segar 1 cawan
Telur 4 biji
Majerin/planta
Kismis
Badam
Gula
Garam
Esen vanila

Cara-cara

Untuk puding

Sapukan majerin pada bekas loyang.
Sapukan majerin pada ke dua-dua belah roti dan potong empat.
Susun roti di dalam bekas loyang. 
Taburkan badam dan kismis ke setiap lapisan roti.
Tuang susu segar ke dalam roti dan pastikan roti terendam. Biarkan selama 10 minit.

Sementara itu, di dalam bekas lain, masukkan 1 tin susu cair, 4 biji telur, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 cawan gula dan sedikit garam. Kacau sebati, jangan sampai kembang. 
Tuang adunan ke dalam roti.

Bakar di dalam oven yang sudah di pre heat pada 170° selama 35-45minit.

Untuk sos kastard

1 tin susu cair
6 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung kastard

Cara-cara
Campurkan semua di atas, kacau sehingga tepung sebati. Panaskan dengan api kecil. Kacau sehingga sedikit pekat.

Sebelum masak
Selepas masak

Sunday, 28 June 2015

Berbuka puasa di Cibiuk Taman Kajang Putra

Alhamdullilah, rezeki hari ini. Dapatlah kami berbuka puasa di Rumah Makan Cibiuk yang terletak di No. 1G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, Selangor, 43000 Kajang, Malaysia. Nak cari dia senang je, dekat exit tol sungai Ramal. 

Ini merupakan kali kedua Ayu dan keluarga makan di sana semenjak ianya di buka pada tahun 2012. Bukan apa, tekak dah terbiasa dengan Wong Solo, jadi masa first time pegi sana, Ayu tak serasi dengan menu-menunya. Tak kena selera. Sebab tulah bila Azam ajak makan di Cibiuk je, Ayu akan tolak mentah-mentah.

Tapi bila asyik tengok news feed kawan-kawan memuji Cibiuk, dan bila Azam berbuka puasa di luar hari ni. Terus tergerak nak cuba balik makan di sana.

Sebelum call untuk booking meja,Ayu siap membaca banyak blog- blog yang review Cibiuk dan 90% memuji. Jadi, selepas mendapat persetujuan daripada Azam. Pantas Ayu mendail number telefon Cibiuk. Alhamdullilah, rezeki, masih ada meja kosong.

Tepat pukul 6 kami keluar rumah, singgah pasar Ramadhan dulu. Selepas puas berjalan dan beli kuih muih, kami terus ke Cibiuk. Kami sampai lebih kurang pukul 6.50 petang.

Cibiuk fully book hari ini. Semua meja penuh, malah di luar pun ada orang. Yang menarik di Cibiuk ni ialah kaunter ulam dan sambal. Semuanya percuma, ambiklah banyak mana korang suka. Dan  pilihan yang di sediakan juga banyak.

Untuk hari ini Ayu mencuba Nasi Bakar Pulen Komplit manakala Azam mencuba Nasi Timbel Komplit Ayam Bakar. Serious, lepas makan, Ayu admit. This is one of the best Indonesian Cuisine di Kuala Lumpur. Especially sambal-sambal dia.

Bagi Azam pula, dia sukakan nasinya. Cuma kurang berkenan dengan rasa ayam bakar yang agak manis. Biasa dia suka makan set ayam goreng atau ayam penyet jika menikmati Indonesian Cuisine, tapi ntah mengapa hari ni Ayu terpesan set ayam bakar.

Selain 2 set di atas, ayu tambah sup tulang dan nasi putih untuk Alisha dan Ayra. Alhamdullilah, habis diorg makan nasi dengan sup. Dan untuk desert, Ayu pesan pisang cheese. Sebab banyak review kata wajib cuba. Setelah mencuba, kami pun decide pisang cheese ini memang menu yang wajib di cuba.

Alhamdullilah, selesai sudah berbuka untuk hari ke 11. Semoga kami di beri peluang untuk berpuasa penuh tahun ini...insyaAllah, amin.

Thank you for reading.

Ni pandangan dari depan restaurant.
Suasana di dalam Rumah Makan Cibiuk semalam
Kaunter ulam-ulaman dan sambal-sambal
Antara sambal yang Ayu pilih
Nasi Bakar Pulen Komplit
Nasi Timbel Komplit Ayam Bakar
Sup tulang untuk anak-anak
Ayra duk sibuk makan ulam-ulam
Menu wajib cuba, pisang cheese