AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Wednesday, 9 November 2016

Azka Danial Iman- My 3rd Child

Alhamdullilah, pada tarikh 8 Jun 2016 Ayu selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Serdang, Selangor. Bayi yang di namakan Azka Danial Iman di lahirkan dengan berat 3.37kg pada pukul 1.14pagi di bulan Ramadhan.

Nama Azka yang bermaksud kemajuan di pilih sempena gabungan nama suami Ayu dan arwah bapanya iaitu Nor Azam Bin Karap. Manakala Danial adalah nama yang sudah lama di simpan oleh Ayu sedari di zaman sekolah. Manakala Iman ialah nama yang sama dengan kakak-kakaknya.

Kalau nak cerita bab mengandung dan melahirkan Azka...adui, panjangnya. Sejak mengandungkan Azka, Ayu memang mengalami alahan yang teruk. Asyik muntah-muntah, cepat letih dan mengantuk. Biasa Ayu alahan hanya pada 16minggu pertama kehamilan. Tapi masa Azka, Ayu alahan sampai 18minggu. Sejak dari tulah blog ni berhabuk. Lama mummy tidak menulis diary untuk anak-anak mummy.

Selepas alahan berlalu, alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. Biasalah, masalah hb rendah dan sakit-sakit biasa orang mengandung tu, Ayu lalui dengan tenang.

Ops hampir terlupa. Masa di minggu ke 16, Ayu pernah terjatuh terduduk. Masa di Kelantan. Kesan dari tersepak luggage bag. Adui, seminggu jugalah Ayu menanggung sakit. Nasib baik baby tiada apa-apa.

Kisah melahirkan si hero ni Ayu cerita di entry yang lain. Tak larat pula nak tulis panjang-panjang.

By the way, mummy, daddy, Kakak Alisha dan Kakak Ayra loves you so much Azka...welcome to the family.

Saturday, 24 September 2016

Pulut Sekaya Bakar by Salmiah Mat

Pulut

1/2cwn beras pulut hitam di masak dahulu
1cwn beras pulut di rendam
1 cawan santan
Sedikit garam

Cara- caranya
Rendam dan kemudian masak beras pulut hitam sehingga masak
Campurkan dengan beras pulut putih yang sudah di rendam 2jam.
Masukkan santan dan perisakan dengan garam.
Kukus 10-minit.

Kepala

2 cwn santan
3 biji telur
3 sudu tepung
7 sudu gula
1 sudu gula merah
Sedikit garam
1 sk jintan manis
Air pandan dan pewarna hijau

Semua bahan untuk kepala di blend sebati. Dan di tuang ke atas pulut yg sudah di kukus.
Kukus dalam masa 20-30minit. Kemudian bakar di dalam oven selama 15 minit atau sehingga garing sedikit di bahagian atas.
Api atas sahaja pada suhu 200°

Thursday, 8 September 2016

Projek pokok cili

Dah lama ayu tak mencoret di blog ni. Sekarang ni tak memang tangan sejak ada si hero.

Alhamdullilah hero mummy dah berumur 3bulan. Membesar bak juara.

Sejak dua menjak ni ayu mula berjinak-jinak dengan berkebun. Seronok bila tengok pokok- pokok segar dan mula membuahkan hasil.

Buat masa ni ayu lebih kepada pokok- pokok sayuran dan pokok-pokok buah yang boleh di gunakan untuk memasak. Mungkin darah dari abah yang terlebih mengalir di tubuhku. Sebab ma lebih sukakan pokok-pokok bunga. Arwah abah selalu cakap..pokok bunga tak boleh di buat makan.

Ok, ni ayu nak share journey ayu menanam pokok cili. Ilmu menanam pokok cili ni ayu dapat dari biras Ayu sendiri. Dia cakap buat apa beli anak pokok. Semai je sendiri. So ayu cubalah.

Buat rakan- rakan yang ingin mencuba. Senang je. Yang penting kita kena ada pasu semaian, tanah dan benih cili. Benih cili tak susah pun. Korang ambik je cili padi yang dah kering. Korang biar je dia duk di suhu bilik sampai kering kulit dia. Agak- agak dalam seminggu camtu. Pastu korang koyak dan tabur je biji- biji tu di atas tanah seperti di bawah.

Ni hari pertama. Tabur dan siram je. Letak dekat sinki senang nak siram dan lihat perkembangan hari-hari.
Ni hari ke empat. Dah mula keluar ekor kecik.
Ekor pokok makin jelas kelihatan di hari ke 5
Selepas seminggu pokok cili mula tumbuh
Selepas 10hari..pokok makin meninggi
Hari ke 14. 
Sebaiknya di alihkan dan di tanam lebih dalam kerana batang pokok masih lembut.
Pokok berusia sebulan setengah. Letak kayu untuk support batang pokok.
Pokok cili mula berbunga 26/10/16
Berbunga dan berbuah dengan jayanya. Alhamdullilah...rezeki.
9/11/16
Ni anak pokok yang ingin di beri pada rakan-rakan dan jiran- jiran. total pokok dari benih sebiji lada. 30 pokok hidup dan berbunga. Alhamdullilah.

Wednesday, 11 November 2015

Resepi mee kuning

Bahan-Bahan

1kg tepung gandum

1 mug air dicampur dengan 1/2sudu besar air abu soda, sedikit pewarna kuning

2 biji telur

Cara-Cara

1) Uli tepung dengan bancuhan air & telur. Tekstur mesti lebih keras dari doh karipap. Tak boleh banyak air nanti mee jadi lembik. Tekstur kenyal memang doh dia kena kering & keras

2) bulatkan n leperkan doh. Masuk dalam mesin mee mata leper untuk leperkan dia jatuh satu doh yang leper & panjang

3) sapukan minyak kat doh yg dah leper tadi depan & belakang pastu masukkan kat mesin mee mata untuk buat mee halus tula

4) celur dalam air mendidih yang dah dicampur 2 sudu garam untuk 30saat ke 1 minit. Jangan lama sangat nanti lembik soggy. Toskan air. Gaul mee yg dah siap tu dengan sedikit minyak. Kemudian boleh terus simpan atau masak!

Sunday, 20 September 2015

Resepi Kek Milo Microwave

Bahan-bahan

1/2 cawan gula halus
1/2 cawan milo
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1sk vanila
1sk baking powder

Cara-cara

Masukkan ke semua bahan di atas dlm bekas...kacau sebati dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas.

Bakar dalam microwave selama 3 minit

My princess Alisha makan kek Milo dgn Nutella... siap puji-puji lagi
Walau sekejab...gebu tau
Inilah hasilnya

Saturday, 4 July 2015

Kek Lumut untuk Potluck buka puasa Ramadhan ke 17

Alhamdullilah, hari ni berjaya juga Ayu buat kek lumut. Padahal resipi ni dah lama sangat Ayu dapat dari Kak Lynda dan kawan-kawan sedari kali pertama merasai keenakan kek ini di rumah Ekin pada bulan April yang lepas.

Yelah, kalau Ayu buat kek ni untuk makan sendiri. Maulah naik sekilo dua berat badan sebab Azam bukanlah peminat makanan manis. Last- last Ayulah yang kena habiskan kek ni nanti.

By the way, Ayu memang suggest korang cuba kek ni sebab nak buat kek ni tidaklah susah. Cuma bab kukus je yang lama sikit. So pastikan gas korang cukup untuk mengukus kek ini selama 2 jam setengah.

Resipi kek lumut

Bahan-bahan

1 cawan tepung di ayak
1 cawan horlick
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula halus
250grm majerin
4 biji telur
4 sudu kaya
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar pewarna hijau


Cara- caranya
Mula-mula, pukul gula dan majerin sehingga kembang
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Apabila sebati, masukkan kaya dan susu.
Masukkan esen vanila dan pewarna hijau dan masukkan tepung gandum.
Akhir sekali, masukkan horlick dan kacau sebati aduanan ini.

Macam biasa, assistant mummy akan membantu mummy baking and cooking
Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah di sapu majerin
Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 2-3 jam.

Inilah hasilnya setelah masak. Kaw-kaw warna lumutku
Siap untuk di makan.

Ni pula Ayu nak share versi loyang 5inc bulat
sesuai untuk family kecil (4-8 orang)

Bahan-bahan

1/2 cawan tepung di ayak
1/2 cawan horlick
1/8 cawan susu pekat manis
1/4 cawan gula halus
125 grm majerin
2 biji telur
2 sudu kaya
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar pewarna hijau

Cara-cara yang sama, cuma kukus 1 jam sahaja. 

Alisha dan pink berpisah tiada
Tara...dh siap pun kek lumut pinkku ini
Gambar kami berpotluck di rumah kakak ipar di Semenyih

Birthday Zahra dan berbuka puasa di rumah Kak Akiah

Ha, buat yang wonder siapa itu kak Akiah, dia ialah kakak ipar Ayu aka kakak Azam. Dia merupakan seorang guru dan mempunyai 2 cahaya mata aka anak menakan Ayu iaitu Yasmin dan Aiman.

Hari ni Sabtu bersamaan 4 Julai 2015 ialah tarikh lahir Zahra iaitu anak saudara kami anak kepada abang Azam iaitu abang Aman. Dengan baik hatinya kak Akiah volunteer untuk meraikan hari lahir Zahra di rumahnya seperti semasa sambutan hari Alisha pada 30 April yang lalu. (Semoga bertambah-tambah murah rezekinya, ameen)

Orang yang paling seronok adalah anak-anak. Mereka bermain sampai terlupa untuk makan. Tapi yang paling penting diorang enjoy dan rapat dengan satu sama lain.

Ni Ayu selitkan gambar untuk tatapan korang. 
Selamat membelek gambar...hihi




The girls main model-model dan ala-ala frozen katanya.
Si Kumbang Harraz pun join the club 
My brother in law's family. Birthday girl is so happy...
Our yummy menu for berbuka
Ayra, Alisha, Insyirah and Zahra 
Alhamdullilah, rezeki kami hari ini. 
Encik suami tolong bakar ayam, ikan dan daging. 
Bahagian desert je pun dah sampai 7 jenis
Hensem boy Ezra yang pandai bawa diri.