AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Tuesday, 31 March 2015

Bonanza rm3 Sushi king di Bangi Gateway

Alisha ni peminat no 1 Sushi King.  Dia ni, kalau boleh, hari- hari nak makan sushi. Dulu pernah sampai seminggu sekali makan di Sushi King. Sampai naik nak muntah la daddy di buatnya. Dengar perkataan sushi pun dan naik muak.

Jadi, sempena bonanza rm3 Sushi King. Mummy melayan la selera anak dara ni. Seronok tak payah cerita la. Dari pagi lagi duk sebut berulang-ulang.

Dah sampai di Sushi King. Macam biasala...si kakak la tukang tuang kicap, tukang kasi chopstick, tukang tolong ambik sushi. Bukan membuli tau. Tapi ni memang dia suka buat.

Seronok makan di Bonanza rm3 ni..sebab super duper jimat. Makan banyak-banyak pun...jauh lebih murah dari biasa.

Hari ni..daddy tak dapat join sebab daddy kerja di Miri. Jadi, mummy,kakak dan adik jelah. Tup tap tup tap, kami hanya berjaya habiskan 11 piring sahaja. Oklah kan...puas hati makan sushi. Harga bawah rm50 je...

Thank you Sushi King....

Miso sup favourite Alisha, sekali makan, sure 2 mangkuk
Setakat ni je mampu habiskan sushi

No comments:

Post a Comment