AzamAyuAlishaAyra

AzamAyuAlishaAyra
My Humble Family

Tuesday, 31 March 2015

Baking class Nur Putri bersama Cikgu Hajah Arnizura

Dah lama Ayu mengidam nak join kelas membaking cikgu Hajah Arni di Bandar Seri Putra. Sejak ada si adik aka Ayra ni, pergerakan Ayu sedikit terbatas.

Alhamdullilah rezeki Ayu, ada kekosongan tempat untuk kelas Cikgu Arni( tempat sangat limited) dan daddy pulak dengan baik hatinya sanggup menjaga puteri-puterinya.

Hari ni sempat berkenalan dengan kawan- kawan baru yang sangat best dan baik hati. Semua berkobar- kobar nak menimba ilmu dengan cikgu.

Cikgu Hajah Arni ni best, kelas dia hand on, bukan demo. Jadi lebih senang untuk kami memahami dan mempelajari teknik-teknik yang betul untuk membaking.  

Lima resepi hari ni

1. Triple Chocolate brownies
2. Cheese tart
3. Talam Seri muka
4. Brownies Kukus Lapis Cheess
5. Chocolate Blueberry Cheese Tart

Terima kasih cikgu. Ada rezeki, saya join lagi.








Kelas yang happening
Bersama Cikgu Hajah Arni yang sangat peramah. 
5 resepi yang kami pelajari
Mengodakan Chocolate Blueberry Cheese Tart ni?
Comel sgt..

Bonanza rm3 Sushi king di Bangi Gateway

Alisha ni peminat no 1 Sushi King.  Dia ni, kalau boleh, hari- hari nak makan sushi. Dulu pernah sampai seminggu sekali makan di Sushi King. Sampai naik nak muntah la daddy di buatnya. Dengar perkataan sushi pun dan naik muak.

Jadi, sempena bonanza rm3 Sushi King. Mummy melayan la selera anak dara ni. Seronok tak payah cerita la. Dari pagi lagi duk sebut berulang-ulang.

Dah sampai di Sushi King. Macam biasala...si kakak la tukang tuang kicap, tukang kasi chopstick, tukang tolong ambik sushi. Bukan membuli tau. Tapi ni memang dia suka buat.

Seronok makan di Bonanza rm3 ni..sebab super duper jimat. Makan banyak-banyak pun...jauh lebih murah dari biasa.

Hari ni..daddy tak dapat join sebab daddy kerja di Miri. Jadi, mummy,kakak dan adik jelah. Tup tap tup tap, kami hanya berjaya habiskan 11 piring sahaja. Oklah kan...puas hati makan sushi. Harga bawah rm50 je...

Thank you Sushi King....

Miso sup favourite Alisha, sekali makan, sure 2 mangkuk
Setakat ni je mampu habiskan sushi

Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Dah lama dah kami sekeluarga tidak berkelah. Tetiba daddy suggest nak pegi mandi air sungai. Siap nak berbbq lagi.

Jadi, survey punya survey, since kami tinggal di Kajang. Kami cari tempat yang berdekatan.

Hutan Lipur Ulu Bendul di Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi pilihan. Jarak lebih kurang 70km dari Kajang.

Yang bagusnya tempat ni. Airnya jernih dan tidak terlalu dalam. Jadi, sesuailah untuk anak-anak kecil bermain.

Di sini juga terdapat kolam buatan yg di lengkapi dengan gelonsor. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Bagi yang terlupa membawa pelampung dan pakaian mandi. Di sini terdapat deretan kedai yang menjual berbagai- bagai jenis bentuk pelampung, makanan, minuman dan pakaian.

Apa-apa pun, kami bagi 3 bintang untuk Ulu Bendul.

Credit pic to mr. Google ☝
lupa nak snap bahagian pool.

Aktiviti berjogging

Sekarang ni, boleh di katakan paling kurang 3 kali seminggu kami jogging. Al maklum la, usia makin meningkat. Berat badan pun sama meningkat seiring dengan selera makan mummy yang melonjak tinggi.hihihi

Kalau sempat, kami ke tasik cempaka di Bangi. Kalau kesuntukan masa, kami jogging la di sekeliling apartment kami ni.

Memandangkan kami tiada pembantu. Mummy dan daddy kenalah bergilir-gilir. Anak-anak pun berpeluang la bermain di playground sementara menunggu kami jogging.

Alhamdullilah, jogging ni betul-betul menyihatkan badan. Walaupun tidaklah mummy ni kurus macam model. Tapi badan berasa lebih segar dan ringan.

Main masak- masak ( Cheesy Egg Puff)

Hari ni kononnya Ayu nak diet la. Jadi buat la cheesy egg puff ngan my angels.

Si kakak sibuk, si adik pun tak kurang sibuknya.Yang best bila main masak-masak dengan anak-anak ni. Diorg pun enjoy sama. Kita bagi la diorg tolong sikit- sikit. Mana- mana yang senang. Since si kakak baru 4tahun. Ayu bagi la dia tolong kacau telur, tuang dalam tray, letak cheese.. happy la my angel.

Si ayra aka si adik..dia bahagian mengetuk meja..kacau itu ini. Al maklum la..princess ni baru 15bulan.

Untuk yang berminat mencuba. Ini Ayu sertakan resipinya.

Cheesy Egg Puff

Daging/ayam cincang
Mix vege
Garam
Lada hitam
(Gaul)

Telur 4 biji
Garam
Lada sulah
(Kacau rata)

Lapisan pertama daging/ayam
Pastu letak cheddar cheese
Curah aduan telur
Last sekali letak mozerella cheese di atas

Bakar dlm oven 200° selama 20-30minit

Selamat mencuba

KLIA2, daddy kena keja

Alkisah kami anak beranak ke KLIA2 untuk kali ke dua. Dulu kali pertama masa menghantar sepupu diorang ni nak pergi ke Terengganu.

Kali ni, nak menghantar daddy untuk bertugas di Miri, Sarawak. Tapi kali ni daddy on board kejab je. Untuk preparation inspection dan survey je.

Plan asal nak la pergi awal kat KLIA2 tu. Nak pusing-pusing dengan daddy. Tapi macam-macam hal itu ini.. kami sampai agak lewat. Tak sempat nak ronda- ronda dengan daddy.

Sempat singgah kejab je di CROCS. Rezeki anak- anak ada sales buy 1 free 1. Dapat la my angels sepasang seorang kasut. Si kakak excited nak letak Olaf kat kasut. Ok la..mummy daddy layan la since mula- mula dia bad mood tak mau kasut yang kami pilih. Nak jugak- jugak kasut mickey mouse. Padahal dah ada pun kasut CROCs mickey mouse warna merah sebelum ni. Pening- pening...

Dah settle beli kasut. Daddy dah kena rush boarding sebab dah lewat. Masa bye-bye daddy kat escalator. Boleh pulak Alisha aka si kakak nampak KFC. Tetiba, perutnya terus la lapar. Apa lagi. Makan KFC la kami...padahal sebelum ke airport dah lunch nasi ayam kampung di seksyen 7, Bangi. Nasib badan.

Lepas makan je...mummy pun ajak la anak-anak meronda dah alang- alang sampai di KLIA2 ni kan.

Macam- macam ada kat sini. Memang seronok. Dah penat, apa lagi. Kami pulang la ke pangkal jalan...hihihi..





Playtime at playground

Sekarang ni..petang je hujan, petang je hujan. Jadi mummy ambik keputusan untuk bawak anak-anak turun ke taman awal dari biasa (kih kih kih, biasa bw turun pukul 6 je pun).

Bila sebut nak pergi taman je.. melompat la si kakak. Si adik pun, tak kurang hebatnya terkedek-kedek mencari kasut.

Turun bawah je..terus main buaian, gelonsor. Berkejaran ke sana ke mari dengan kawan- kawan.

Janji anak happy, mummy pun happy. Padahal mummy nk anak- anak penat, balik rumah jap lagi, mandi, makan dan akhir sekali zzz. Dapat la mummy tengok tv dgn aman. Kih kih kih.